PH yakin DAP kekal dalam kerajaan

SUBANG 13 Ogos – Pakatan Harapan (PH) yakin DAP akan mengambil keputusan kekal bersama Kerajaan Perpaduan pada Persidangan Parti DAP 2026 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Setiausaha Agung PH, Saifuddin Nasution Ismail, juga yakin DAP akan meletakkan kepentingan negara demi memastikan kelangsungan kestabilan kerajaan yang diraih setakat ini.

“Saya percaya kepemimpinan DAP mempunyai kebijaksanaannya sebagai parti yang sudah lama di negara ini.

“DAP tentunya akan meletakkan kepentingan negara dari segi kestabilan politik, selain mempertahan dan meneruskan kesinambungan yang sudah berjalan sangat baik ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penerimaan Helikopter AW189 Maritim Malaysia di Stesen Udara Maritim Subang di sini hari ini.

Sebelum inu Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, dilapor berkata perwakilan parti itu akan menentukan kedudukan dalam kerajaan pada persidangan itu Ahad ini.

Sebanyak 4,264 perwakilan daripada 1,704 cawangan yang layak menghadiri persidangan itu akan membuat keputusan mengenai usul berkenaan menerusi undi.

Persidangan itu yang mulanya dijadualam 15 Ogos ini juga antara lain akan menentukan hala tuju DAP dalam arena politik tanah air secara kolektif.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasuiton berkata, DAP tidak mempunyai obligasi untuk memberi apa-apa penerangan mengenai keputusan parti itu kepada PH.

“Tidak menjadi tanggungjawab DAP untuk memberi penerangan kepada PH untuk membuat keputusan selari dasar dan pendekatan politik mereka,” katanya yang juga menjagalankan tanggung jawab sebagai Timbalan Presiden PKR.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment