KKM mohon RM3.4 bilion

PUTRAJAYA 22 Sept. – Kementerian Kesihatan (KKM) p mengemukakan Permohonan Insentif Baharu 2023 berjumlah RM3.4 bilion bagi pelaksanaan enam cadangan tahun depan, kata Menterinya, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata permohonan itu dikemuka dan dibentangkan kepada Kementerian Kewangan dalam sesi libat urus bersama Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz, pada 30 Ogos lalu.

Enam cadangan itu adalah untuk Pengukuhan Program “Healthcare & Wellness’ dengan kos RM738 juta; penambahbaikan dan baik pulih fasiliti kesihatan  RM791.5 juta serta meningkatkan keberkesanan rawatan kesihatan sebanyak RM850 juta.

Inisiatif keempat membabitkan penggantian aset perubatan yang kritikal dan usang dengan kos RM400 juta; pendigitalan perkhidmatan kesihatan (RM460 juta) dan insentif penghargaan anggota kesihatan sebanyak RM183 juta.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas pencapaiannya selama setahun sebagai Menteri, Kesihatan di sini.

Khairy berkata, KKM juga amat berterima kasih kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul serta rakyat Malaysia yang pada amnya menyokong cadangan meningkatkan peruntukan kepada kementerian itu kepada 5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding peruntukan sedia ada pada kadar 2.10 peratus daripada KDNK.

Beliau berkata, permohonan itu adalah rasional dalam menawarkan perkhidmatan yang memelihara rakyat Malaysia agar sentiasa sihat dan merawat mereka yang sakit pada tahap terbaik.

KKM sedar untuk menunaikan permohonan ini bukan bermakna ia terus dilaksanakan tahun hadapan sebaliknya mungkin mengambil masa dalam tempoh lima tahun dan kita pun faham kedudukan kewangan negara.

Khairy bagaimanapun berkata, beliau merasakan ia boleh dilaksanakan termasuk melalui peningkatan kutipan hasil atau merasionalkan semula peruntukan terutama subsidi petroleum kepada golongan sasar.

Related posts

Leave a Comment