Tolak kerjasama Pas keputusan parti

SEREMBAN 14 Sept. – Ketetapan UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah keputusan yang dibuat oleh parti itu dan bukannya individu, kata Timbalan Presiden, Mohamad Hasan. Beliau berkata pendirian berkenaan adalah keputusan yang dibuat oleh parti sebelum ini dan tiada perubahan setakat ini. “UMNO adalah parti, jadi parti yang buat keputusan. Apa sahaja pandangan saya tak penting, pandangan parti penting. Jadi, apa juga yang hendak diputuskan perlu diputuskan oleh parti kerana bukan satu dua orang yang membuat keputusan. “Parti diputuskan dalam satu mesyuarat…

Read More

80,000 dijangka guna SUKE

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Dianggarkan, 80,000 pengguna akan menggunakan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sebagai laluan alternatif untuk Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Fasa pertama SUKE bagi jajaran sejauh 16.6 kilometer (km) bermula dari persimpangan Cheras-Kajang ke persimpangan Bukit Antarabangsa akan dibuka dalam masa terdekat. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), Mohammad Azlan Abdullah, berkata, jajaran fasa pertama itu akan membabitkan dua plaza tol iaitu Bukit Teratai dan Ampang serta 11 persimpangan. Beliau berkata, laluan itu sekali gus membantu mengurangkan kesesakan trafik di…

Read More

Hanya PM berkuasa nasihat Agong

SEREMBAN 14 Sept. – Hanya Perdana Menteri mempunyai kuasa menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan menetapkan tarikh pilihan raya, kata Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan. “Terpulang kepada Perdana Menteri untuk menetapkan tarikh yang sesuai bagi menghadapi pilihan raya kerana hanya beliau saja yang mempunyai kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi mengadakan PRU-15,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Merdeka@KomunitiKeluarga Malaysia Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi, di Dataran Senawang, di sini, hari ini. Semalam media melaporkan, Ismail Sabri memberi bayangan…

Read More

Muda: PH diminta dengar suara akar umbi

JOHOR BAHRU 14 Sept. – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) diminta mendengar suara akar umbi serta menilai kejujuran Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sebelum menerima penyertaan parti itu sebagai komponennya. Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata kejujuran politik dan manfaat kepada rakyat juga perlu diutamakan. Katanya, tempoh penyertaan Muda ketika hampir Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) turut dipersoalkan sedangkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin yang menjadi kerusi PKR ‘dilanggar’ Muda. “Kejujuran politik dan semangat isu…

Read More

Kemunculan Sultanah Kelantan

KOTA BHARU 14 Sept. – Sultanah Kelantan, Nur Diana Petra Abdullah membuat kemunculan pertama di Istana Negeri Kubang Kerian di sini apabila berkenan menerima menghadap rombongan Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) semalam. Unit Media Pejabat Sultan Kelantan dalam hantaran di Facebook semalam menyatakan rombongan beberapa ahli pertubuhan PKDK itu diketuai oleh presidennya Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz. Turut hadir Tengku Sri Kelantan D’ Raja Kelantan, Datuk Seri Raja Rezza Shah; Tengku Kaya Perkasa Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan pegawai-pegawai Istana Kelantan. Sultanah Nur Diana Petra turut berkenan…

Read More

Lebih 83 peratus perkara MoU dilaksana

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Lebih 83 peratus perkara yang disepakati dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik di antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH) berjaya dilaksanakan. Menurut Pengarah Komunikasi PH yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu MoU itu, Fahmi Fadzil, kesemua transformasi dilakukan ini untuk menjadikan negara lebih stabil. Pada masa yang sama ia juga membuktikan kepada rakyat, PH mampu mengetepikan sentimen politik demi kesejahteraan rakyat Malaysia. Katanya, beberapa pindaan Perlembagaan dapat dilakukan dan ia tidak mungkin akan berlaku tanpa adanya MoU ini. “Jika kesemua transformasi ini boleh…

Read More

4,500 ikrar derma organ

PUTRAJAYA 14 Sept. – Seramai 4,500 ikrar penderma organ diterima sejak ciri baharu Ikrar Derma Organ melalui MySejahtera dilancarkan 6 September lalu, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. “4,500 ikrar penderma organ sejak kami lancarkan ciri ini di @my_sejahtera. Tolong sebarkan. “Jadilah pengikrar penderma organ hari ini. Selamatkan lebih banyak nyawa,” katanya dalam ciapan di Twitter. Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini memperkenalkan ciri baharu dalam MySejahtera, yang membolehkan pengguna menjadi pengikrar penderma organ selepas kematian, menerusi aplikasi itu. Langkah berkenaan adalah sebagai usaha KKM untuk meningkatkan kadar penderma organ, selepas Malaysia disenaraikan…

Read More

BN Sabah teliti senarai calon

KOTA KINABALU 14 Sept. – Barisan Nasional (BN) Sabah, khususnya UMNO sudah menerima senarai calon yang dicadangkan dari setiap bahagiannya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin, berkata ketika ini BN negeri sedang meneliti senarai calon terbabit sebelum membuat keputusan nama yang dirasakan paling layak untuk dicalonkan. “Apabila tiba masanya nanti, kita akan mengumumkan calon-calon yang bertanding itu,” katanya dalam satu kenyataan mengenai persediaan BN Sabah untuk menghadapi cabaran PRU-15, di sini. Ia susulan pertemuan Sesi Libat Urus PRU-15 Biro Politik UMNO Bahagian-Bahagian…

Read More

Singapura belanja S$72.3b tangani Covid-19

SINGAPURA 14 Sept. – Sebanyak S$72.3 bilion dibelanjakan untuk menangani pandemik Covid-19 sepanjang tempoh dua tahun kewangan yang lalu, kata Menteri Kedua Kewangan Indranee Rajah di Parlimen semalam. Daripada jumlah tersebut, S$13.4 bilion digunakan bagi langkah-langkah kesihatan awam, S$50.6 bilion bagi langkah-langkah untuk menyokong pekerja dan perniagaan, manakala S$8.3 bilion diberikan bagi sokongan keluarga dan sosial. Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan itu lebih rendah berbanding sasaran awal pemerintah iaitu sebanyak S$100 bilion. Bagaimanapun, dana yang tidak digunakan sepenuhnya itu diimbangi oleh pelbagai pakej sokongan yang diperkenalkan semasa tempoh kewaspadaan dipertingkat dan…

Read More