Kemunculan Sultanah Kelantan

KOTA BHARU 14 Sept. – Sultanah Kelantan, Nur Diana Petra Abdullah membuat kemunculan pertama di Istana Negeri Kubang Kerian di sini apabila berkenan menerima menghadap rombongan Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) semalam.

Unit Media Pejabat Sultan Kelantan dalam hantaran di Facebook semalam menyatakan rombongan beberapa ahli pertubuhan PKDK itu diketuai oleh presidennya Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz.

Turut hadir Tengku Sri Kelantan D’ Raja Kelantan, Datuk Seri Raja Rezza Shah; Tengku Kaya Perkasa Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan pegawai-pegawai Istana Kelantan.

Sultanah Nur Diana Petra turut berkenan mengurniakan cenderamata kenangan kepada semua ahli rombongan pada majlis itu.

Majlis menerima menghadap itu adalah yang pertama bagi Nur Diana Petra membuat kemunculan awam selepas Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lalu.

Related posts

Leave a Comment