Singapura belanja S$72.3b tangani Covid-19

SINGAPURA 14 Sept. – Sebanyak S$72.3 bilion dibelanjakan untuk menangani pandemik Covid-19 sepanjang tempoh dua tahun kewangan yang lalu, kata Menteri Kedua Kewangan Indranee Rajah di Parlimen semalam.

Daripada jumlah tersebut, S$13.4 bilion digunakan bagi langkah-langkah kesihatan awam, S$50.6 bilion bagi langkah-langkah untuk menyokong pekerja dan perniagaan, manakala S$8.3 bilion diberikan bagi sokongan keluarga dan sosial.

Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan itu lebih rendah berbanding sasaran awal pemerintah iaitu sebanyak S$100 bilion.

Bagaimanapun, dana yang tidak digunakan sepenuhnya itu diimbangi oleh pelbagai pakej sokongan yang diperkenalkan semasa tempoh kewaspadaan dipertingkat dan fasa penstabilan dari Mei hingga November 2021 ketika kes jangkitan melonjak.

Indranee menjawab soalan anggota Parlimen Foo Mee Har (PAP-West Coast) Indranee berkata, terdapat dua sebab bagi jumlah perbelanjaan yang lebih rendah itu.

Related posts

Leave a Comment