Muda: PH diminta dengar suara akar umbi

JOHOR BAHRU 14 Sept. – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) diminta mendengar suara akar umbi serta menilai kejujuran Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sebelum menerima penyertaan parti itu sebagai komponennya.

Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata kejujuran politik dan manfaat kepada rakyat juga perlu diutamakan.

Katanya, tempoh penyertaan Muda ketika hampir Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) turut dipersoalkan sedangkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin yang menjadi kerusi PKR ‘dilanggar’ Muda.

“Kejujuran politik dan semangat isu rakyat penting. Bukan soal hendak masuk PRU, sepatutnya kena tunjuk sejak awal.

Cuma akar umbi di Johor, khususnya Johor Bahru, saya tidak payah cakap, sudah terang lagi bersuluh . Kita menempuh pelbagai kesusahan, ini pilihan raya bukan seminggu dua punya kerja, “ katanya pada sidang media berhubung isu jejantas karat di Lebuhraya Tebrau di sini, hari ini.

Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru, menjelaskan keputusan untuk memutuskan (isu kemasukan Muda) bukan di peringkat cabang, itu adalah keputusan PH, dan untuk menerima parti lain perlu melalui konsensus PH.

Katanya, sejarah PH ada permohonan parti dibuat dan ditolak selepas melalui konsesus PH, yang mana Penilaian Konsensus PH kata tidak boleh terima parti itu maka parti itu tidak diterima.

Related posts

Leave a Comment