Sunak tidak kecewa kekalahan

LONDON: Calon Perdana Menteri Britain yang tewas, Rishi Sunak tidak berasa kecewa kalah kepada bekas Menteri Luar, Liz Truss malah menyifatkan peluang dicalonkan sebagai pengalaman yang berharga. Bekas Menteri Kewangan itu bangga dengan pencapaian setakat ini dan mengajak penyokong Parti Konversatif untuk bersama berdiri di belakang Perdana Menteri baharu, Liz Truss. “Saya akan terus menyokong kerajaan walaupun dipimpin oleh pesaing terdekat,” katanya seperti dilaporkan media sambil menjangka kemungkinan beliau akan terus berada di dalam Kabinet. Semalam, Truss, 47, diumumkan sebagai Perdana Menteri baharu Britain dengan undi sebanyak 81,326 pada pemilihan…

Read More

Naik elaun kuasai bahasa asing

PUTRAJAYA 6 Sept. – Kerajaan akan menaikkan elaun bulanan bagi penjawat awam berkhidmat di luar negara yang menguasai dan menggunakan bahasa asing dalam menjalankan tugas rasmi mereka, berkuat kuasa 1 Januari 2023. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu adalah dalam usaha menggalakkan diplomat Malaysia menguasai bahasa asing selaras dengan keperluan menjalankan urusan rundingan diplomatik dan perdagangan dengan negara lain. “Kerajaan bersetuju untuk menaikkan elaun bulanan bagi penjawat awam berkhidmat di luar negara yang menguasai dan menggunakan bahasa asing dalam menjalankan tugas rasmi, berkuat kuasa 1 Januari 2023,” katanya…

Read More

Najib mohon semak, ketepi hukuman

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Najib Razak percaya bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan akhir bulan lalu, yang mengesahkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadapnya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd, perlu disemak. Sehubungan itu, beliau memohon keputusan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos lalu disemak dan diketepikan. Beliau turut memohon supaya dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan. “Saya benar-benar percaya dan dinasihatkan peguam bahawa keputusan ini perlu disemak…

Read More

MN terlerai di pintu PRU15

KETIKA Pakatan Harapan (PH) memuktamadkan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Pas, yang juga komponen PN masih menaruh harapan untuk bersama UMNO melalui Muafakat Nasional (MN). Berdasarkan usul yang diluluskan pada Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-68 baru-baru ini, Pas mahu meneruskan kerjasama dengan UMNO melalui platform MN untuk memastikan situasi satu lawan satu serta menyatukan parti politik Melayu-Islam. Niat Pas untuk penyatuan Melayu-Islam itu baik walaupun terpaksa ‘memilih parti’, begitu juga dengan Gerakan Tanah Air (GTA) untuk menyatukan parti politik Melayu…

Read More

Thailand catat 1,062 kes baharu

BANGKOK 6 Sept. – Thailand merekodkan 1,062 kes baharu Covid-19 semalam, semuanya kes tempatan berbanding 1,360 yang dilaporkan sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,660,964. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, 22 lagi disahkan meninggal dunia, sama seperti hari sebelumnya yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 32,444 kematian. Sebanyak 14,495 menerima rawatan perubatan termasuk 8,085 di hospital dan 6,247 di rumah atau pusat pengasingan. Daripada jumlah kes di hospital, sebanyak 694 dalam keadaan kritikal dan 350 bergantung kepada ventilator. Dalam tempoh yang sama jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 4,614,025 orang…

Read More

Pemenjaraan Najib tidak bersihkan UMNO

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad terus ‘menyerang’ UMNO dengan mendakwa UMNO sekarang sudah beralih menjadi parti perasuah secara total – dari puncak pimpinan sehingga ke akar umbi. “Pucuk pimpinan UMNO sekarang terkenal di seluruh dunia sebagai perasuah, pencuri berbillion duit negara, penyalahguna kuasa, perosak pentadbiran negara dan penghancur UMNO itu sendiri,” katanya melalui Facebooknya. Dr. Mahathir yang pernah memimpin UMNO selama 22 tahun berkata, pemenjaraan  Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak tidak akan membersihkan UMNO dan budaya parti berkenaan kini bukan seperti sewaktu ia ditubuhkan.…

Read More

Johnson tinggalkan 10 Downing Street

LONDON: Boris Johnson mengucapkan selamat tinggal kepada Downing Street sambil berikrar memberi sokongan penuh kepada penggantinya Liz Truss, sebagai Perdana Menteri Britain yang ke-15. “Saya akan menyokong Liz Truss dan setiap langkah kerajaan baharu.” katanya dalam ucapan di hadapan pintu No. 10 Downing Street. Beliau yang ditemani isterinya Carrie Johnson mengucapkan selamat tinggal diiringi sorakan dan tepukan daripada penyokong sebelum ke istana Balmoral,  Scotland untuk mengemukakan peletakan jawatan kepada Ratu Elizabeth II. Johnson yang tempohnya didominasi isu Brexit dan Covid-19 dipendekkan susulan skandal berkaitan. Dalam ucapannya, Johnson menyamakan dirinya dengan…

Read More

Muda sertai PH sasar 15 kerusi

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bersetuju menyertai Pakatan Harapan (PH) sebagai parti komponen dalam gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata keputusan itu dibuat melalui Persidangan Pilihan Raya Muda yang berlangsung semalam dan hari ini. Beliau berkata, cadangan menyertai PH sebenarnya sudah bermula sejak berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Katanya, Muda terbuka mengadakan perbincangan secara rasmi dengan Majlis Presiden PH berhubung hasrat itu. “Muda terbuka membincangkan secara rasmi bersama dengan Majlis Presiden PH untuk membincangkan…

Read More

Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia

PUTRAJAYA 6 Sept. – Industri dron di Malaysia berpotensi menjana pertumbuhan sebanyak RM50.71 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan berupaya mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan menjelang 2030. Justeru, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju membangunkan Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 (MDTAP30) bagi menyokong ekosistem dron negara. Katanya, mesyuarat kedua Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN), yang dipengerusikannya, hari ini, membuat keputusan berkenaan selaras usaha Kerajaan menjadikan MDTAP30 sebagai agenda nasional. Beliau berkata, Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) bakal bertindak sebagai…

Read More

Jika lulus GTA guna obor hadapi PRU15

PUTRAJAYA 6 Sept. – Gerakan Tanah Air (GTA) hari ini mengemukakan permohonan logo dan pendaftaran parti itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), sebagai persiapan untuk menyertai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Jawatankuasa penaja GTA bertemu Ketua Pengarah RoS Mohd Nawardi Saad bagi menyerahkan dokumen berkaitan serta berbincang berhubung pendaftaran itu. Pengerusi GTA, Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh Ketua Setiausaha GTA Datuk Marzuki Yahya di sini hari ini berkata, jika diluluskan gabungan empat parti itu akan menggunakan lambang obor. “Bagi melayakkan GTA bertanding dalam PRU15 maka kita…

Read More