Thailand catat 1,062 kes baharu

BANGKOK 6 Sept. – Thailand merekodkan 1,062 kes baharu Covid-19 semalam, semuanya kes tempatan berbanding 1,360 yang dilaporkan sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,660,964.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, 22 lagi disahkan meninggal dunia, sama seperti hari sebelumnya yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 32,444 kematian.

Sebanyak 14,495 menerima rawatan perubatan termasuk 8,085 di hospital dan 6,247 di rumah atau pusat pengasingan. Daripada jumlah kes di hospital, sebanyak 694 dalam keadaan kritikal dan 350 bergantung kepada ventilator.

Dalam tempoh yang sama jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 4,614,025 orang termasuk 1,963 yang dilaporkan pulih semalam.

Sementara itu jumlah vaksinasi meningkat kepada 142,891,943.

Related posts

Leave a Comment