Sunak tidak kecewa kekalahan

LONDON: Calon Perdana Menteri Britain yang tewas, Rishi Sunak tidak berasa kecewa kalah kepada bekas Menteri Luar, Liz Truss malah menyifatkan peluang dicalonkan sebagai pengalaman yang berharga.

Bekas Menteri Kewangan itu bangga dengan pencapaian setakat ini dan mengajak penyokong Parti Konversatif untuk bersama berdiri di belakang Perdana Menteri baharu, Liz Truss.

“Saya akan terus menyokong kerajaan walaupun dipimpin oleh pesaing terdekat,” katanya seperti dilaporkan media sambil menjangka kemungkinan beliau akan terus berada di dalam Kabinet.

Semalam, Truss, 47, diumumkan sebagai Perdana Menteri baharu Britain dengan undi sebanyak 81,326 pada pemilihan Parti Konservatif manakala Sunak memperoleh 60,399 undi.

Sunak juga menyifatkan sebagai satu penghargaan dapat berkhidmat sebagai Canselor Perbendaharaan ketika negara berdepan saat sukar.

“Untuk rekod peribadi, saya bangga membantu membina ekonomi ketika pandemik melanda yang berlaku dalam tempoh 300 tahun sekali,” kata Sunak.

Related posts

Leave a Comment