Tok Mat mahu tanding Parlimen

SEREMBAN 3 Sept. – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohamad Hasan, mengumumkan hasrat untuk bertanding kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Bagaimanapun, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan itu tidak menyatakan kawasan berkenaan sebaliknya akan turut mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak 2004. “Memandangkan sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya perlu bertanding pada peringkat Parlimen bagi memainkan peranan berkesan di peringkat kebangsaan dan peringkat tertinggi parti,” katanya selepas menghadiri Program Semarak Merdeka di Taman Jed Kuala Sawah, Rantau, dekat sini, petang tadi. Sebelum ini, terdapat…

Read More

Selangor juga mahu ‘hijau bukan biru’

ALOR SETAR 3 Sept. – Pas Selangor hari ini menyertai Kelantan, Terengganu dan Kedah yang bercadang menggunakan logo parti itu, bukannya Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Cadangan itu dikemukakan oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Noor Najhan Mohamad Salleh, ketika sesi perbahasan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan Pas ke-68 di sini hari ini. “Pas Selangor, sebagaimana permintaan beberapa negeri lain seperti Kedah, turut meminta izin untuk bertanding menggunakan lambang Pas dalam PRU-15. Setuju atau tidak perwakilan Selangor?,” soalnya yang kemudian disahut dengan laungan ‘setuju’ oleh perwakilan.…

Read More

Simpan terus tablet PerantiSiswa

SHAH ALAM 3 Sept. – Kerajaan bersetuju untuk memberi terus tablet berjenama terkenal kepada semua penerima Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini. Beliau berkata, pemberian peranti itu sebagai penghargaan, sekali gus menjadi pemangkin untuk penerimanya belajar bersungguh-sungguh sehingga meraih keputusan cemerlang. “Umum mengetahui bahawa Inisiatif PerantiSiswa diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) di mana mahasiswa perlu menyerahkan semula peranti itu setelah tamat pengajian. “Namun, atas maklum balas memberangsangkan ketika sesi pertemuan antara Menteri Komunikasi dan Multimedia bersama wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada 15…

Read More

UMNO Kedah tidak dapat jemputan

ALOR SETAR 3 Sept. – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Jamil Khir Baharom menjelaskan bahawa UMNO negeri tidak menerima sebarang undangan atau jemputan untuk menghadiri Muktamar Tahunan Pas ke-68 hari ini. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, isu ini perlu dijelaskan dengan sejelas-jelasnya supaya tidak wujud persepsi buruk terhadap UMNO. “Seperti yang dilaporkan oleh media, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah menyatakan bahawa kononnya pihak Pas telah menjemput kepimpinan UMNO, termasuk UMNO Kedah, untuk hadir ke Majlis Muktamar Tahunan Pas 2022 yang ke-68, namun menurutnya…

Read More

Runding secara ‘terang’ bukan dalam ‘gelap’

SEREMBAN 3 Sept. – Tiada arahan daripada Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengadakan rundingan dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata, semua perkara berkaitan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perundingan dan Pengarah Pilihan Raya UMNO, berkata apa saja perbincangan berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu dibuat secara terang dan bukannya berunding dalam ‘gelap’. Justeru beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perundingan dan Pengarah Pilihan Raya UMNO, mengingatkan pemimpin Pas supaya…

Read More

Pas jemput UMNO tetapi tidak hadir

ALOR SETAR 3 Sept. – Pas mengesahkan ketidakhadiran pemimpin UMNO walaupun mereka dijemput menghadiri Majlis Perasmian dan Ucapan Dasar Presiden sempena Muktamar Tahunan Pas ke-68 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut di sini. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, turut menyatakan bahawa jemputan yang dihantar kepada wakil parti berkenaan turut tidak mendapat sebarang maklum balas serta jawapan. “Daripada Presiden kepada (Majlis Kerja Tertinggi) MKT (semua dijemput), tetapi (semua) tidak dijawab, (mereka juga) tidak hadir (hari ini) termasuk daripada (UMNO) Kedah sendiri, (memandangkan) kepimpinan UMNO Kedah juga dijemput,” katanya. Tambahnya, Pas…

Read More

Pintu rundingan MN masih terbuka

ALOR SETAR 3 Sept. – Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berkata, pintu rundingan antara Pas dan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) sentiasa terbuka dan masih berjalan ketika ini melibatkan pimpinan serta ahli akar umbi kedua-dua parti. Beliau menjelaskan kenyataan demi kenyataan berhubung kerjasama itu daripada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi tidak menjadi gambaran keseluruhan pendirian sebenar parti itu. “(Suara) UMNO (ini) bukan Presiden UMNO sahaja, (mereka) ada Majlis Tertinggi, ada (Majlis Kerja Tertinggi) MKT, (dan) ada Badan-badan Perhubungan Negeri. Untuk kerjasama ini) kita masih berpegang kepada perkara asal antara Pas…

Read More

Tiada lapangan terbang khusus umrah

JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah menjelaskan bahawa tiada lapangan terbang khusus untuk ketibaan jemaah umrah di Arab Saudi. Menurut kementerian itu, jemaah boleh memasuki dan meninggalkan Arab Saudi menerusi mana-mana lapangan terbang antarabangsa atau domestik di negara itu. Kementerian juga menjelaskan, tempoh maksimum untuk jemaah memiliki visa umrah tinggal di Arab Saudi ialah selama 90 hari dan mereka bebas bergerak antara Makkah, Madinah dan semua bandar lain di negara itu. Tambah pihak kementerian, jemaah boleh merancang program umrah dan memohon visa menerusi saluran elektronik yang diluluskan bagi perkhidmatan umrah individu.…

Read More

Sumpah bai’ah Pas lebih berkesan

ALOR SETAR 3 Sept. – Sumpah bai’ah yang dilafazkan setiap pemimpin Pas yang menjadi calon dalam pilihan raya, lebih berkesan berbanding Rang Undang-undang (RUU) berkaitan larangan lompat parti yang diluluskan di Dewan Rakyat sebelum ini. Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, berkata ini kerana lafaz sumpah dan bai’ah yang diwajibkan melalui Perlembagaan Pas mengatasi segala undang-undang bagi memelihara integriti. “Langkah ini lebih berkesan daripada undang undang berkaitan larangan lompat parti yang baru sahaja diperkenalkan,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Ke-69 di Kompleks Pas Kedah di sini,…

Read More

Pas tolak kerjasama perkara mungkar

ALOR SETAR 3 Sept. – Pas sedia berbincang dengan semua pihak yang menunjukkan tanda keikhlasan untuk mencari jalan penyelesaian supaya kembali kepada Islam, kata Presidennya Abdul Hadi Awang. “Hal ini penting bagi mengatasi masalah umat yang besar, bukan sekadar agenda politik yang sempit, jangka masa pendek dan tidak beristiqamah bersama Islam,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Ke-69, di Kompleks Pas Kedah di sini, hari ini. Bagaimanapun Abdul Hadi menegaskan tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dalam perkara dosa seperti meneruskan permusuhan serta kemungkaran. Katanya, Pas tidak…

Read More