SINGAPURA 26 Ogos – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) di Pangkalan Udara Sembawang semalam. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Menteri Pertahanan Singapura, Dr. Ng Eng Hen dan selepas memeriksa barisan kehormat, baginda diberi taklimat mengenai perkembangan RSAF serta pemodenan kelengkapan pertahanan udara. Baginda kemudiannya seperti helikopter H225M Medium Lift yang merupakan sebuah helikopter serba moden yang memenuhi keperluan operasi RSAF dalam Operasi Mencari dan Menyelamat, pemindahan ‘aeromedical’ dan Operasi Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana. Di akhir lawatan, baginda dipersembahkan taklimat…
Read MoreMonth: August 2022
Rugi RM429,000 diperdaya Macau Scam
KANGAR 26 Ogos – Seorang wanita penjawat awam berusia 50 tahun mengalami kerugian sebanyak RM429,000 akibat diperdaya oleh sindiket Macau Scam baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Arau, Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, wanita itu menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai pegawai dari pejabat Pos Malaysia Berhad. Mangsa diberitahu bahawa terdapat satu bungkusan mengandungi barang terlarang iaitu sekeping kad pengenalan dan lima keping kad juruwang automatik (ATM) yang didaftarkan atas nama mangsa untuk dihantar ke Sabah. Ahmad Mohsin dalam satu kenyataan berkata, mangsa yang menafikan…
Read MoreKes jangkitan di Thailand turun
BANGKOK 26 Ogos – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 yang dilaporkan di Thailand hari ini terus menunjukkan penurunan iaitu 1,748 berbanding 2,002 semalam dan 2,062 pada hari sebelumnya. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes sejak pandemik bermula meningkat kepada 4,643,012. Dalam tempoh yang sama, sejumlah 28 pesakit Covid-19 meninggal dunia berbanding 29 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 32,166 kematian sejak pandemik melanda. Jumlah pesakit sembuh juga meningkat apabila 1,601 lagi dilaporkan pulih berbanding 1,742 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,592,664 manakala 18,182 mendapatkan rawatan. Sementara kadar vaksinasi pula…
Read MoreBerita pilihan…
Kes harian Covid-19 lepasi 3,000
PUTRAJAYA 26 Ogos – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini kembali melepasi 3,000 apabila sehingga tengah malam tadi merekodkan 3,206 kes berbanding 2,722 kes kelmarin dan 2,078 kes hari sebelumnya. Menurut data laman sesawang COVIDNOW, jumlah kes baharu itu membabitkan 3,202 kes penularan tempatan dengan empat kes lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Pertambahan itu menjadikan sehingga kini jumlah jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 4,768,394. Sehingga kini, Malaysia masih mencatatkan sebanyak 35,988 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah itu 34,626 kes…
Read More“Isteri-isteri saya tiada Zainab Mohd Salleh”
PUTRAJAYA 26 Ogos – Jika pada 22 Ogos lalu, Dr. Abd Latiff Ahmad menegaskan bahawa Zainab Mohd Salleh bukan isterinya, hari ini beliau tampil sekali lagi dengan menyatakan tiada isteri atau isteri-isterinya yang bernama Zainab Mohd Salleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) itu melalui Laman Facebooknya hari ini berkata “Isteri atau Isteri-isteri saya TIADA yang bernama Zainab binti Mohd Salleh,”. Beliau turut menegaskan, tiada ahli keluarganya yang terlibat dalam bisnes melibatkan pembekalan atau pembinaan kapal tempur pesisir (LCS). Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa syarikat palsu yang…
Read MoreMedia Hari Ini Jumaat 26.08.2022
Pendirian perubatan kanabis akhir tahun
BANGKOK 25 Ogos – Kerajaan akan mengambil pendirian berhubung penggunaan kanabis dalam bidang perubatan sebelum akhir tahun ini, dengan sasaran dasar berkaitan dilaksanakan tahun depan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau yang mengakhiri lawatan kerja bilateral kesihatan ke Bangkok, berkata Thailand banyak berkongsi pandangan dan pengalaman sepanjang lawatannya itu berhubung penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan dan penanamannya. “Saya yakin kita akan dapat kaji pengalaman Thailand untuk disesuaikan dengan konteks Malaysia nanti apabila kita bakal membuat keputusan sama ada membenarkan atau tidak penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan. “Jika dibenarkan, kita akan…
Read MoreMaro..Mencari populariti
PKR umum pengarah, pengerusi MPP
KUALA LUMPUR 25 Ogos – Bagi mempertingkatkan kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), PKR hari ini mengumumkan pelantikan barisan pengarah dan pengerusi biro Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Ketua Penerangannya, Fahmi Fadzil, berkata pelantikan itu diputuskan pada mesyuarat Biro Politik PKR yang berlangsung malam tadi. “PKR mengucapkan selamat berkhidmat kepada semua yang sudah dilantik. Semoga, gerak kerja parti dalam memperjuang nasib dan mengangkat martabat rakyat dapat dipergiat dan mencapai kejayaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Berikut adalah senarai Pengarah dan Pengerusi Biro MPP yang baru dilantik: Pengarah Modal Insan: Syed…
Read More