Pembentangan Belanjawan 2023 diawalkan

 

PUTRAJAYA 26 Ogos  – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Belanjawan 2023 yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober diawalkan kepada 7 Oktober.

Katanya, pembentangan akan dibuat tiga minggu lebih awal, pada sesi sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 (2002) yang bermula pada 3 Oktober nanti.

Takwim sebelum ini bermula 26 Oktober hingga 15 Disember 2022 (31 hari) bagi Dewan Rakyat dan 8 hingga 22 Disember 2022 (9 hari) bagi Dewan Negara selepas dipersetujui Jemaah Menteri.

Manakal takwim baharu yang dicadangkan adalah pada 3 Oktober hingga 29 November 2022 bagi Dewan Rakyat (32 hari) dan 21 November hingga 7 Disember 2022 (11 hari) bagi Dewan Negara,

.Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, perubahan ini berikutan terdapat keperluan untuk meminda takwim Mesyuarat Ketiga ini bagi membolehkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2023 dipercepatkan.

Selain itu, ia bagi membolehkan pembentangan RUU Perbekalan Tambahan 2022 dan RUU Tanggungjawab Fiskal dibentangkan sebaik RUU Perbekalan (Belanjawan) 2023 diluluskan di Dewan Rakyat.

“Perdana Menteri mengenakan kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan Peraturan Mesyuarat 10(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara, untuk meminda tarikh daripada 26 Oktober 2022 dan diawalkan kepada 3 Oktober 2022,” katanya.

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembentangan belanjawan yang diawalkan adalah satu perkara biasa, dan pernah dilakukan pada zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

“Perkara biasalah. Dulu, zaman Pak Lah, bulan September (bajet dibentangkan),” katanya kepada media selepas melancarkan Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia di Odeon Walk, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, hari ini.

Perdana Menteri diminta mengulas laporan mengenai tarikh pembentangan Bajet 2023 yang akan diawalkan pada 7 Oktober ini berbanding jadual asal 28 Oktober ini.

Related posts

Leave a Comment