Kes harian Covid-19 catat 3,118

PUTRAJAYA 27 Ogos – Walaupun menunjukkan penurunan, jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam masih melebihi 3,000 kes apabila merekodkan 3,118 berbanding 3,206 kelmarin.

Menurut data KKM melalui laman sesawang COVIDNOW, tujuh daripada kes berkenaan adalah kes import dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat kepada 4,733,438 sejak 25 Januari 2020.

Sebanyak 3,363 kes sembuh juga dilaporkan setakat tengah malam tadi, yang membawa kepada jumlah kumulatif pulih sebanyak 4,699,584 orang.

Menurut KKM, enam kematian Covid-19 direkodkan semalam iaitu  di Perak dan Selangor (masing-masing dua kes termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) di perak) dan masing-masing satu kes BID di Melaka dan Putrajaya.

KKM turut melaporkan sebanyak 35,737 kes aktif COVID-19 setakat malam tadi dengan 34,294 menjalani kuarantin di rumah; 1,345 kes dirawat di hospital manakala 23 pesakit menjalani rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Seramai 75 pesakit Covid-19 kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 45 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Setakat semalam, 62.9 peratus wad ICU seluruh negara sedang digunakan dengan 20.1 peratus menempatkan pesakit Covid-19.

Sementara itu, Selangor terus mencatatkan peningkatan kes harian tertinggi apabila merekodkan 1,080 berbanding 1,092 kes kelmarin.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 611 berbanding 583 sebelumnya, Sabah 294 (297), Perak 244 (236), Negeri Sembilan 160 (186) dan Sarawak 105 (119 ).

Negeri yang merekodkan angka di bawah 100 adalah Melaka 97 (114), Kelantan 94 (87), Johor 82 (104), Pahang 69 (62), Kedah 65 (110), Wilayah Persekutuan Putrajaya 56 (58), Terengganu 46 (44), Perlis 12 (12) dan Wilayah Persekutuan Labuan 8 (9).

Related posts

Leave a Comment