Orkid Dendrobium ‘Hassanal Saleha‘

SINGAPURA 26 Ogos – Sempena lawatan negara Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ke Singapura kelmarin, sejenis orkid baharu diperkenalkan.

Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan mempersembahkan orkid itu yang didaftarkan dengan nama Dendrobium ‘Hassanal Saleha’ iaitu satu kacukan bunga Dendrobium ‘Singa Friendship’ dengan Dendrobium ‘Simon Tan’.

Bunga Orkid hibrid ini tumbuh dengan bebas (free-flowering) dan teguh malah ia juga turut menghasilkan jambak bunga yang berdiri kira-kira 50 sm panjang dan mengandungi lebih daripada 30 bunga yang tersusun rapi di mana setiap bunga berukuran kira-kira 4 sm lebar.

Spesies Orkid ini mempunyai latar belakang putih yang dihiasi dengan jalur merah jambu, manakala kelopak ‘royal magenta’ melengkung dengan anggun. Ia sangat cantik dilengkapi dengan bibir ‘lilac’ yang lembut dan halus.

(FOTO Jabatan Penerangan Brunei Darussalam)

Related posts

Leave a Comment