Ucapan tahniah dari Iran

PUTRAJAYA 30 Ogos – Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob berharap operasi penerbangan Mahan Air yang berpangkalan di Iran ke Kuala Lumpur dapat disambung semula secepat mungkin. Justeru beliau berharap isu pemberhentian operasi Mahan Air  sejak 13 Ogos lalu berikutan isu teknikal membabitkan pengisian bahan api di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dapat diselesaikan segera. Beliau berkata, perkara itu dibincangkan bersama Presiden Iran, Seyyed Ebrahim Raisi hari ini ketika menerima panggilan telefon daripadanya. Semua penerbangan terus dari Iran ke Malaysia dihentikan sepenuhnya susulan tidak dibenarkan lagi untuk mengisi bahan api…

Read More

DUN 3 negeri kekal sebelum Mac

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Kerajaan Pas yang menerajui Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal daripada Mac tahun depan, kata Setiausaha Agung parti itu, Takiyuddin Hassan. Keputusan itu adalah hasil Mesyuarat Jawatankuasa Harian yang diadakan semalam dan akan turut diberikan tumpuan semasa Muktamar Tahunan Pas Ke-68 yang akan diadakan di Alor Setar, Kedah pada 3 hingga 4 September ini. “Keputusan itu atas dasar buat masa ini penumpuan yang lebih perlu diberikan kepada aspek pemulihan dalam kehidupan rakyat terutama di bidang perekonomian selain kesihatan,”…

Read More

Nafi wujud ugutan pecat

PUTRAJAYA 30 Ogos – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menafikan wujud ugutan dan desakan supaya beliau dipecat sebagai Naib Presiden UMNO sekiranya tidak menunaikan permintaan parti membubarkan Parlimen secepat mungkin. Ahli Parlimen Bera itu berkata, perbincangan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berlangsung dalam keadaan mesra. “Tak ada apa. Kita bincang dalam keadaan mesra. “Tak ada isu, kadang-kadang orang luar melihat lain daripada apa yang berlaku di dalam,” katanya selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini. Perdana…

Read More

RM1.5 juta biasiswa 13 pelajar cemerlang

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menawarkan biasiswa berjumlah RM1.5 juta kepada 13 pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU). Inisiatif  itu beraspirasikan matlamat untuk meningkatkan kesiapsiagaan digital seiring dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) menerusi pendedahan realiti dan praktikal untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dengan asas pendidikan tertinggi bagi mendepani cabaran era digitalisasi. Usaha itu direalisasikan menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Felda melalui Yayasan Felda dan APU bagi menyediakan program pendidikan ‘Global Digital Leadership (GDL)’ yang merangkumi…

Read More

Indikator Covid-19 tunjuk penurunan

PUTRAJAYA 30 Ogos – Kebanyakan indikator Covid-19 di negara ini terus menunjukkan penurunan, termasuk kemasukan pesakit ke fasiliti kesihatan pada Minggu Epidemiologi 34/2022 (ME) atau dalam tempoh 21 Ogos hingga Sabtu lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan berkata jumlah kemasukan pesakit Covid-19 kategori satu dan dua ke hospital menurun sebanyak 15.8 peratus. Bagi kemasukan pesakit kategori tiga hingga lima, ia menunjukkan penurunan sebanyak 15.2 peratus manakala penggunaan katil bukan kritikal menurun tiga peratus, manakala katil di unit rawatan rapi (ICU) menurun dua peratus. Ia disusuli…

Read More

Khabar gembira bagi penjawat awam

PUTRAJAYA 30 Ogos – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beberapa inisiatif baharu untuk penjawat awam, termasuk tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan Bantuan Khas Kewangan (BKK). Beliau berkata, KGT tambahan khas sebanyak RM100 itu adalah bagi penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023, yang akan membabitkan kira-kira 1.28 juta penjawat awam serta implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion. “Sebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80…

Read More

“Semangat kita bukan kerana duit”

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Gerakan Tanah Air (GTA) mempunyai “plan B” jika ada yang menghalang untuk gerakan itu bertanding pada Pilihan Raya Umum nanti, kata Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau yang tidak menyatakan plan B itu merujuk isu kelulusan pendaftaran Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Justeru Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pejuang mengajak orang Melayu memberi sokongan kepada GTA yang akan menurunkan calon-calonnya yang terdiri daripada empat parti – Putra, Iman, Berjasa, Pejuang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Katanya, Pejuang yang diterajuinya…

Read More

Putra bantu perjuangan selamatkan negara

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) akan membantu Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam usaha menyelamatkan negara ini dari punah ranah oleh pihak-pihak berkepentingan dan tidak bertanggungjawab. Presiden Putra Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, Putra akan mengemukakan beberapa agenda utama perjuangan parti itu melalui Gerakan Tanah Air (GTA) yang dipimpin oleh Dr Mahathir dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Katanya, walaupun Putra parti kais pagi makan pagi dan miskin tetapi semangat Putra bersih serta berintegriti yang menjadi asas perjuangan nasionalisme Islam. “Dulu orang Melayu ada…

Read More

Pilihan raya paling sukar

GUA MUSANG 30 Ogos  – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah pilihan raya paling sukar buat semua parti yang bertanding susulan pelbagai masalah yang dihadapi rakyat. Beliau juga menjangkakan tidak ada parti politik yang akan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan dalam PRU-15 nanti. “Saya rasa BN (Barisan Nasional) pun berada dalam keadaan begitu, apatah lagi dengan berbagai-bagai skandal dan masalah yang dihadapinya. Saya rasa kemungkinan pilihan raya ini bukan menyelesaikan masalah tetapi akan menimbulkan banyak lagi masalah,” katanya ditemui selepas merasmikan…

Read More