Penggantungan umrah…

MAKKAH: Lokasi paling suci, yang menjadi tumpuan ibadah umrah ditutup buat kali pertama semalam bagi menjalankan kerja pembersihan, sterilisasi berikutan kebimbangan terhadap Covid-19 .

Langkah itu ialah langkah berjaga-jaga terkini untuk mencegah penyebaran koronavirus di Arab Saudi, lapor Arab News.

Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah akan ditutup sejam selepas solat Isyak dan akan dibuka sejam sebelum solat Subuh setiap hari.

Langkah itu ialah langkah berjaga-jaga terkini untuk mencegah penyebaran koronavirus di Arab Saudi, lapor Arab News.

Semalam, Arab Saudi mengesahkan tiga jangkitan baharu coronavirus, menjadikan jumlah lima kes dilaporkan, setakat ini.

Penggantungan itu turut membabitkan rakyat dan penduduk di Arab Saudi, selepas penguatkuasaan sama ke atas jemaah dari luar negara diumumkan pada minggu lalu dalam usaha membasmi penularan virus berkenaan.

Penutupan sekitar Kaabah yang sebelum ini padat dengan puluhan ribu jemaah menjadikan kawasan itu lengang. 

Seorang rakan yang sedang berada di sana memaklumkan jadual penerbangan pulangnya diawalkan sehari.

Saudi Press Agency yang dikendalikan kerajaan memetik seorang pegawai masjid berkata, sebagai ‘langkah berjaga-jaga’, kawasan berkenaan akan terus ditutup selagi ibadat umrah digantung tetapi jemaah akan dibenar menunaikan solat di dalam masjid.

Masjidil Haram serta Masjid Nabawi di Madinah akan ditutup sejam selepas solat isyak dan dibuka semula sejam sebelum solat subuh bagi membolehkan pelaksanaan kerja pembersihan serta sterilisasi.

Seorang pegawai Arab Saudi memberitahu AFP, keputusan menutup kawasan terbabit ‘julung kali dilakukan’.

Kelmarin, Arab Saudi menggantung sementara ibadat umrah ke atas rakyat dan penduduk di negara ini kerana bimbang COVID-19 menular di kota suci.

Sebelum itu pihak berkuasa menggantung sementara visa umrah dan melarang rakyat daripada negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) untuk memasuki Makkah serta Madinah, minggu lalu.

Related posts

Leave a Comment