Rafizi tidak jujur, sengaja fitnah

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad mengulangi kesediaannya untuk disiasat bagi membuktikan kebenaran apa yang dijelaskannya berhubung isu projek kapal tempur pesisir (LCS). Pada masa yang sama, beliau juga meminta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli bersikap lebih jujur dalam berpolitik serta membuktikan individu bernama Zainab Mohd Salleh adalah isteri keduanya. Dalam satu kenyataan malam ini, Ahli Parlimen Mersing itu berkata, walaupun beliau telah memberikan penjelasan, Rafizi masih berterusan dengan pembohongannya. “Maka dengan ini, saya membuat penjelasan yang…

Read More

Karnival wujud peluang niaga berterusan

KUALA LUMPUR 26 Ogos – UDA Holdings Berhad (UDA) menganjurkan Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia bagi mewujudkan peluang perniagaan secara berterusan, dan memastikan ‘Keluarga Usahawan’usahawan terus berdaya saing. Pengerusi UDA, Datuk Norliza Abdul Rahim, berkata langkah proaktif itu diharap dapat menjamin kelangsungan perniagaan, terutama dalam persekitaran ekonomi negara yang sedang dalam fasa pemulihan. “Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia ini adalah antara inisiatif UDA bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi melahirkan lebih ramai lagi Keluarga Usahawan di Malaysia. Inisiatif ini juga diharap dapat merancakkan pembabitan orang ramai untuk menceburi…

Read More

Pembentangan Belanjawan 2023 diawalkan

  PUTRAJAYA 26 Ogos  – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Belanjawan 2023 yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober diawalkan kepada 7 Oktober. Katanya, pembentangan akan dibuat tiga minggu lebih awal, pada sesi sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 (2002) yang bermula pada 3 Oktober nanti. Takwim sebelum ini bermula 26 Oktober hingga 15 Disember 2022 (31 hari) bagi Dewan Rakyat dan 8 hingga 22 Disember 2022 (9 hari) bagi Dewan Negara selepas dipersetujui Jemaah Menteri. Manakal takwim baharu…

Read More

Sultan Brunei kunjungi RSAF

SINGAPURA 26 Ogos – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) di Pangkalan Udara Sembawang semalam.  Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Menteri Pertahanan Singapura, Dr. Ng Eng Hen dan selepas memeriksa barisan kehormat, baginda diberi taklimat mengenai perkembangan RSAF serta pemodenan kelengkapan pertahanan udara. Baginda kemudiannya seperti helikopter H225M Medium Lift yang merupakan sebuah helikopter serba moden yang memenuhi keperluan operasi RSAF dalam Operasi Mencari dan Menyelamat, pemindahan ‘aeromedical’ dan Operasi Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana.  Di akhir lawatan, baginda dipersembahkan taklimat…

Read More

Rugi RM429,000 diperdaya Macau Scam

KANGAR 26 Ogos – Seorang wanita penjawat awam berusia 50 tahun mengalami kerugian sebanyak RM429,000 akibat diperdaya oleh sindiket Macau Scam baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Arau, Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, wanita itu menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai pegawai dari pejabat Pos Malaysia Berhad. Mangsa diberitahu bahawa terdapat satu bungkusan mengandungi barang terlarang iaitu sekeping kad pengenalan dan lima keping kad juruwang automatik (ATM) yang didaftarkan atas nama mangsa untuk dihantar ke Sabah. Ahmad Mohsin dalam satu kenyataan berkata, mangsa yang menafikan…

Read More

Kes jangkitan di Thailand turun

BANGKOK 26 Ogos – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 yang dilaporkan di Thailand hari ini terus menunjukkan penurunan iaitu 1,748 berbanding 2,002 semalam dan 2,062 pada hari sebelumnya. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes sejak pandemik bermula meningkat kepada 4,643,012. Dalam tempoh yang sama, sejumlah 28 pesakit Covid-19 meninggal dunia berbanding 29 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 32,166 kematian sejak pandemik melanda. Jumlah pesakit sembuh juga meningkat apabila 1,601 lagi dilaporkan pulih berbanding 1,742 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,592,664 manakala 18,182 mendapatkan rawatan. Sementara kadar vaksinasi pula…

Read More

Kes harian Covid-19 lepasi 3,000

PUTRAJAYA 26 Ogos – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini kembali melepasi 3,000 apabila sehingga tengah malam tadi merekodkan 3,206 kes berbanding 2,722 kes kelmarin dan 2,078 kes hari sebelumnya. Menurut data laman sesawang COVIDNOW, jumlah kes baharu itu membabitkan 3,202 kes penularan tempatan dengan empat kes lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Pertambahan itu menjadikan sehingga kini jumlah jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 4,768,394. Sehingga kini, Malaysia masih mencatatkan sebanyak 35,988 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah itu 34,626 kes…

Read More

“Isteri-isteri saya tiada Zainab Mohd Salleh”

PUTRAJAYA 26 Ogos – Jika pada 22 Ogos lalu, Dr. Abd Latiff Ahmad menegaskan bahawa Zainab Mohd Salleh bukan isterinya, hari ini beliau tampil sekali lagi dengan menyatakan  tiada isteri atau isteri-isterinya yang bernama Zainab Mohd Salleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) itu melalui Laman Facebooknya hari ini berkata “Isteri atau Isteri-isteri saya TIADA yang bernama Zainab binti Mohd Salleh,”. Beliau turut menegaskan, tiada ahli keluarganya yang terlibat dalam bisnes melibatkan pembekalan atau pembinaan kapal tempur pesisir (LCS). Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa syarikat palsu yang…

Read More