Kes jangkitan di Thailand turun

BANGKOK 26 Ogos – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 yang dilaporkan di Thailand hari ini terus menunjukkan penurunan iaitu 1,748 berbanding 2,002 semalam dan 2,062 pada hari sebelumnya.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes sejak pandemik bermula meningkat kepada 4,643,012.

Dalam tempoh yang sama, sejumlah 28 pesakit Covid-19 meninggal dunia berbanding 29 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 32,166 kematian sejak pandemik melanda.

Jumlah pesakit sembuh juga meningkat apabila 1,601 lagi dilaporkan pulih berbanding 1,742 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,592,664 manakala 18,182 mendapatkan rawatan.

Sementara kadar vaksinasi pula meningkat kepada 142,577,801.

Related posts

Leave a Comment