Sultan Brunei kunjungi RSAF

SINGAPURA 26 Ogos – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) di Pangkalan Udara Sembawang semalam.

 Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Menteri Pertahanan Singapura, Dr. Ng Eng Hen dan selepas memeriksa barisan kehormat, baginda diberi taklimat mengenai perkembangan RSAF serta pemodenan kelengkapan pertahanan udara.

Baginda kemudiannya seperti helikopter H225M Medium Lift yang merupakan sebuah helikopter serba moden yang memenuhi keperluan operasi RSAF dalam Operasi Mencari dan Menyelamat, pemindahan ‘aeromedical’ dan Operasi Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana.

 Di akhir lawatan, baginda dipersembahkan taklimat mengenai sistem peluru berpandu Aster 30 yang merupakan sistem pertahanan udara yang telah diintegrasikan ke dalam Sistem Pertahanan Udara Pulau, RSAF.

Related posts

Leave a Comment