Harmonikan kepelbagaian Malaysia

SERDANG 24 Ogos – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah bahawa kepelbagaian Malaysia dari aspek agama, budaya dan bahasa merupakan aset yang wajib diharmonikan melalui amalan budaya keterangkuman bagi membentuk warga yang kukuh berpadu dalam kepelbagaian. Titah baginda, semua pihak perlu sedar dan menerima hakikat bahawa kejayaan Malaysia selama ini adalah hasil usaha setiap rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, kaum, agama dan budaya. “Melalui hikmah kebijaksanaan pemimpin terdahulu yang mengasaskan kemerdekaan negara, elemen yang pelbagai itu berjaya digabungkan dan dicantumkan. “Lalu dibina tenaga dan…

Read More

Bayar RM210 juta sebelum hukuman tamat

KUALA LUMPUR 24 Ogos – Najib Razak mempunyai masa untuk menjelaskan denda RM210 juta yang diputuskan mahkamah berkaitan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, sebelum tempoh akhir hukuman penjara 12 tahun . Ini bermakna, bekas Perdana Menteri berusia 69 tahun itu boleh membayar jumlah denda besar itu pada bila-bila masa, sepanjang tempoh 12 tahun beliau dipenjarakan. Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, berkata berdasarkan prinsip undang-undang, Najib boleh membayar denda itu bila-bila masa, namun jika gagal berbuat demikian selepas hukuman penjaranya dijadualkan berakhir maka tempoh pemenjaraan akan ditambah lima tahun…

Read More

Thailand catat 2,062 kes baharu

BANGKOK 24 Ogos – Thailand merekodkan 2,062 kes baharu Covid-19 hari ini, menunjukkan peningkatan berbanding 1,488 kes yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,639,261. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 35 kes melibatkan banduan penjara manakala yang lain penduduk tempatan. Sebanyak 28 lagi meninggal dunia, tambahan dua orang berbanding 26 pada hari sebelumnya yang membawa kepada jumlah keseluruhan 32,109 orang meninggal dunia sejak Covid-19 melanda negara. Dalam tempoh yang sama sebanyak 2,100 orang dilaporkan sembuh yang membawa kepada 4,589,321 orang telah pulih sementara  17,831 mendapatkan rawatan. Kadar vaksinasi…

Read More

Perjalanan Najib Razak ke penjara

KRONOLOGI KES NAJIB RAZAK 3 Julai 2018 – Najib ditahan Pasukan Petugas Khas 1MDB, di kediamannya di Jalan Langgak Duta, sekitar pukul 3 petang dan dibawa ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya. 4 Julai 2018 – Didakwa di Mahkamah Sesyen dengan tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgunakan kuasa dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd 8 Ogos 2018 – Didakwa di Mahkamah Sesyen dengan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dan dari dana sama 10 Ogos 2018 – Mahkamah Tinggi menetapkan 33 hari…

Read More

Dos penggalak bagi usia 60 tahun

SINGAPURA 24 Ogos – Kementerian Kesihatan (MoH ) menggalakkan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas mendapatkan dos penggalak kedua bagi menghadapi kemungkinan gelombang hujung tahun. Sebelum ini, dos penggalak kedua disarankan bagi warga emas yang berusia 80 tahun dan ke atas.  Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata sekitar 80 peratus penduduk sudah menerima suntikan dos penggalak dan ini membantu mengharungi gelombang varian BA.5 sekarang tanpa perlu mengetatkan langkah-langkah pengurusan selamat (SMM), tidak banyak kes serius dan hospital tidak terbeban. “Justeru, untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan gelombang hujung tahun,…

Read More

Singapura mansuhkan pelitup muka

SINGAPURA 24 Ogos – Mulai Isnin ini, 29 Ogos, pemakaian pelitup muka di Singapura tidak lagi diwajibkan kecuali dalam pengangkutan awam dan di kemudahan jagaan kesihatan, kata Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong. Katanya, pelitup masih perlu dipakai dalam MRT, LRT dan bas awam, serta di dalam kemudahan pengangkutan awam, seperti tempat naik bas di pusat pertukaran bas dan platform MRT. Kementerian Kesihatan (MoH) dalam kenyataan media berasingan berkata, peraturan memakai pelitup akan dikekalkan bagi kemudahan jagaan kesihatan, rumah jagaan dan ambulans. Ini termasuk rumah kebajikan bagi warga emas, serta rumah…

Read More

Kaji kanabis bagi perubatan

BANGKOK 24 Ogos – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meminta rakan sejawatnya dari Thailand mengkaji kemungkinan Malaysia membekalkan negara itu dengan daun dan pokok ketum mentah. Khairy, juga berharap Malaysia dan Thailand akan terus saling bertukar pengetahuan teknikal dan penyelidikan klinikal untuk memastikan keselamatan serta keberkesanan produk kanabis dalam perubatan. Katanya, Malaysia berminat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kanabis terutama dalam aspek aplikasi berasaskan penyelidikan dan produk farmaseutikal untuk kegunaan perubatan. Beliau berkata demikian pada sidang media bersama rakan sejawatannya, Anutin Charnvirakul, di sini, semalam. Khairy turut mengucapkan terima kasih kepada…

Read More

Mahkamah gantung tugas PM Thailand

BANGKOK 24 Ogos – Mahkamah Perlembagaan Thailand menggantung Perdana Menteri, Prayuth Chan-o-cha daripada melakukan semua tugas rasminya bermula hari ini Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendengar petisyen bagi menyemak semula kesahihan tempoh penggal lapan tahun beliau sebagai Perdana Menteri. Mahkamah memaklumkan perkara itu menerusi kenyataan bertulis kepada media dan belum dapat dipastikan bila keputusan muktamad mengenai jawatan Perdana Menteri akan dibuat berhubung petisyen yang difailkan parti pembangkang utama. Prayuth mengambil alih kuasa pada 2014 menerusi rampasan kuasa tentera yang didalangi beliau bagi menggulingkan kerajaan dipilih rakyat. Sebelum ini Timbalan Perdana…

Read More

Hilang kelayakan selepas 14 hari

KUALA LUMPUR 24 Ogos – Bekas Perdana Menteri,  Najib Razak akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Pekan secara automatik selepas 14 hari, bermula hari ini jika tiada sebarang prosedur mahkamah lain atau permohonan pengampunan diraja dibuat dalam tempoh berkenaan. Kedudukan itu selaras Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan seseorang individu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika disabit kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 serta dia tidak mendapat pengampunan bebas. Jika ini berlaku, pilihan raya kecil (PRK) tidak perlu diadakan kerana kekosongan berkenaan berlaku kurang…

Read More

Dari Istana Kehakiman ke penjara

PUTRAJAYA 24 Ogos – Najib Razak menjadi bekas Perdana Menteri pertama dipenjarakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir bekas menteri kewangan itu  untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020. Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun sekiranya gagal membayar denda ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. Najib, 69, dihantar ke Penjara Kajang kira-kira 5.43 petang semalam menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam dari Istana Kehakiman diiringi beberapa…

Read More