Bayar RM210 juta sebelum hukuman tamat

KUALA LUMPUR 24 Ogos – Najib Razak mempunyai masa untuk menjelaskan denda RM210 juta yang diputuskan mahkamah berkaitan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, sebelum tempoh akhir hukuman penjara 12 tahun .

Ini bermakna, bekas Perdana Menteri berusia 69 tahun itu boleh membayar jumlah denda besar itu pada bila-bila masa, sepanjang tempoh 12 tahun beliau dipenjarakan.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, berkata berdasarkan prinsip undang-undang, Najib boleh membayar denda itu bila-bila masa, namun jika gagal berbuat demikian selepas hukuman penjaranya dijadualkan berakhir maka tempoh pemenjaraan akan ditambah lima tahun seperti perintah Mahkamah Persekutuan.

Peguam Lim Wei Jiet turut berkongsi pandangan sama dan berkata, tiada had masa yang dikenakan oleh Mahkamah Persekutuan berhubung tempoh

“Kebiasaannya, tempoh masa yang munasabah diberikan untuk membuat pembayaran,” katanya.

Semakan dengan pihak berkuasa pula mendapati tidak jelas sama ada Najib sudah membayar denda berkenaan atau sebaliknya.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Related posts

Leave a Comment