BN terus kempen sehingga saat akhir

MENJELANG ‘penutup’ kempen Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan, jentera Barisan Nasional (BN) terus mendekati pengundi-pengundi di seluruh pelusuk negeri itu.

Petang ini Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turun ke Bahau dalam majlis ramah mesra Gema @ Kemas Jeram Padang bersama penduduk dan pengundi di Dewan Terbuka Kampung Taman Jaya.

Beliau hadir bagi membantu kempen calon BN Jeram Padang Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir yang akan mempertahankan kerusi itu dan calon Bahau Chong Fui Ming yang mencabar penyandang Teo Kok Seong (PH) dalam pertandingan satu lawan satu.

Zahid dalam ‘ucapan terakhir’ kempen menyeru pengundi mengembalikan kuasa negeri kepada BN menerusi gelombang biru yang sudah terbukti di Johor sebelum ini.

Katanya, BN akan terus memberi tumpuan kepada memenuhi janji manifesto termasuk menyediakan peluang pekerjaan dan memajukan industri

Dalam pada itu, bapa angkat DUN Padang Jeram, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menarik perhatian ramai dengan turut menyampaikan ucapan dalam bahasa Tamil.

Pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan esok, DUN Jeram Padang menyaksikan saingan empat penjuru antara penyandangnya, Mohd. Zaidy G. Manivannan (PH), R. Sri Sanjeevan (Bersatu) dan Dayana Dal daripada Parti Orang Asli Malaysia.

Pada PRN lalu, Mohd. Zaidy berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 693 undi sekaligus menjadikan DUN berkenaan antara kerusi marginal di Negeri Sembilan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment