Thailand catat 2,062 kes baharu

BANGKOK 24 Ogos – Thailand merekodkan 2,062 kes baharu Covid-19 hari ini, menunjukkan peningkatan berbanding 1,488 kes yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,639,261.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 35 kes melibatkan banduan penjara manakala yang lain penduduk tempatan.

Sebanyak 28 lagi meninggal dunia, tambahan dua orang berbanding 26 pada hari sebelumnya yang membawa kepada jumlah keseluruhan 32,109 orang meninggal dunia sejak Covid-19 melanda negara.

Dalam tempoh yang sama sebanyak 2,100 orang dilaporkan sembuh yang membawa kepada 4,589,321 orang telah pulih sementara  17,831 mendapatkan rawatan.

Kadar vaksinasi pula menunjukkan 142,515,148

Related posts

Leave a Comment