Seri Paduka lawat industri pertahanan

ANKARA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,  berkenan melawat sebuah daripada syarikat pemain utama industri pertahanan Turkiye, FNSS Defence Systems AS, di sini. Menurut laporan Bernama, keberangkatan Seri Paduka disambut oleh Menteri Pertahanan Turkiye, Halusi Akar dan Ketua Eksekutif FNSS, Gurol Carmikli. Al-Sultan Abdullah kemudian diberi persembahan taklimat dan pertunjukan demonstrasi mengenai teknologi sistem pertahanan yang dibangunkan oleh syarikat FNSS. Ketika lawatan itu juga, baginda berkenan menaiki dua kenderaan perisai milik FNSS. FNSS adalah syarikat yang bersama-sama DRB-Hicom Defence Technologies (Deftech) milik syarikat tempatan membangunkan kenderaan berperisai…

Read More

3,762 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 17 Ogos – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,762‬ kes baharu di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 3,559 jangkitan tempatan dan 203‬ ‬kes import. Dalam tempoh yang sama, dua lagi meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 1,567 orang manakala jumlah kumulatif kes sebanyak 1,805,698 orang. Menurut MoH, sebanyak 3,380 kes yang mewakili 3,207 kes tempatan dan 173 kes import adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 382‬ kes lagi disahkan menerusi ujian PCR yang…

Read More

Hishammuddin harap Najib tabah

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Hishammuddin Hussein mendoakan bekas Perdana Menteri, Najib Razak tabah menghadapi rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Hishammuddin berkata, beliau percaya dengan proses kehakiman yang bebas dan berharap proses itu berjalan dengan adil serta lancar. “Secara peribadi saya memang mendoakan Datuk Seri Najib dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini…semoga segala-galanya dipermudahkan. “Apa yang penting saya doakan proses di mahkamah yang sedang berjalan akan berjalan secara adil,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah…

Read More

Zahid gesa solidariti kepada Najib

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, menggesa ahli parti itu untuk memberi sokongan dan solidariti kepada Najib Razak selepas bekas Perdana Menteri itu gagal menangguhkan rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, semalam. Ahmad Zahid menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya, berkata keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Najib tidak menghalang UMNO untuk terus berjuang bersama Ahli Parlimen Pekan itu dalam parti dan kes yang sedang dibicarakan. Beliau bagaimanapun menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan tidak mahu dikatakan menghina…

Read More

SKSSR bagi suri rumah lelaki

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Kerajaan akan mengkaji cadangan untuk memperluaskan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk golongan lelaki yang bergelar ‘suri rumah’. Menteri Sumber Manusia, M Saravanan, berkata walaupun suri rumah lelaki bukan budaya di negara ini, namun pihaknya tiada masalah untuk memperluaskan skim berkenaan jika terdapat keperluan berbuat demikian. “Perkara ini dibangkitkan dalam Jemaah Menteri. Kita perlu satu kajian yang sepenuhnya untuk kenal pasti berapa ramai suami jadi suri rumah. Bagaimanapun, jika diikutkan budaya di Malaysia…majoriti suami bekerja, manakala isteri jaga…

Read More

Thailand catat 1,508 kes baharu

BANGKOK 17 Ogos – Selepas merekodkan 1,508 kes harian kelmarin, Thailand kembali mencatatkan peningkatan kes dalam tempoh 24 jam dengan mencatatkan 2,461 kes menjadikan jumlah keseluruhan 4,626,057. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, hanya satu Kes import dilaporkan sementara yang lain kes jangkitan tempatan. Dalam tempoh yang sama,sebanyak 28 lagi kematian direkodkan akibat Covid-19 berbanding 29 sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 31,915 orang meninggal dunia setakat ini. Sebanyak 19,902 pesakit Covid-19 sedang mendapatkan rawatan di hospital manakala 2,243 sudah sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 4,574,240 orang. Bagi program vaksinasi pula,…

Read More

Tahun ini Jokowi pilih Dolomani

SEMPENA peringatan Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia hari ini, Presiden Indonesia Joko Widodo sekali lagi mengenakan pakaian tradisional tempatan bagi menghadiri majlis Ulang Tahun Republik Indonesia ke-77. Tahun ini Jokowi mengenakan baju adat dari Buton, Sulawesi Tenggara, iaitu Dolomani bagi  menghadiri upacara peringatan detik-detik kemerdekaan di Istana Merdeka, Jakarta. “Sempena peringatan Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia pada tahun-tahun sebelumnya, saya memakai pakaian tradisional tempatan, dari Aceh, Sumatera Barat, Kalimantan Selatan, Sunda, Jawa, Betawi, Bali, Sasak, Bugis, dan lain-lain. Hari ini, 17 Ogos 2022 saya menghadiri majlis Ulang Tahun Republik Indonesia…

Read More

Chen Man Hin meninggal dunia

PETALING JAYA 17 Ogos – Pengasas parti DAP, Dr Chen Man Hin, meninggal dunia di kediamannya di Seremban, Negeri Sembilan, pagi ini pada usia 97 tahun. Man Hin yang juga penasihat seumur hidup DAP, adalah bekas Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Mendiang adalah ADUN Rahang dari tahun 1965 hingga 1982 dan juga pernah menjadi Ahli Parlimen Seremban Timor (1969 – 1974) dan Seremban (1974 – 1982 dan 1983 – 1990). Mendiang mempunyai lima orang anak dan difahamkan meninggal dunia di samping keluargnya. Man Hin adalah Pengerusi DAP…

Read More

‘Itu bukan perjumpaan rasmi PN-PM’

PETALING JAYA 17 Ogos –  Pertemuan dua minggu lalu bukan perjumpaan rasmi delegasi Perikatan Nasional (PN). Itu pandangan Ketua Serikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Rina Harun. Beliau sependapat dengan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, yang menyifatkan pertemuan antara ketiga mereka itu, kira-kira dua minggu lalu, bukan perjumpaan rasmi. Pertemuan itu membabitkan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Hamzah Zainudin dan Bendaharinya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Rina menegaskan, pertemuan itu sepatutnya berlangsung membabitkan wakil rasmi yang diputuskan PN iaitu Hamzah…

Read More

Seri Paduka terima anugerah Turkiye

ANKARA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima darjah tertinggi kerajaan Turkiye, Turkish Order of the State sempena Lawatan Negara ke Turkiye semalam. Dalam majlis yang berlangsung di Istana Presiden, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan anugerah darjah tertinggi negara Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) kepada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan. Anugerah tertinggi yang disampaikan Erdogan itu menjadikan Al-Sultan Abdullah sebagai Ketua Negara ASEAN pertama menerima anugerah berprestij tersebut. Seri Paduka antara lima pemimpin negara yang menerima pingat tersebut di bawah pimpinan Erdogan selain Raja Arab…

Read More