Hishammuddin harap Najib tabah

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Hishammuddin Hussein mendoakan bekas Perdana Menteri, Najib Razak tabah menghadapi rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Hishammuddin berkata, beliau percaya dengan proses kehakiman yang bebas dan berharap proses itu berjalan dengan adil serta lancar.

“Secara peribadi saya memang mendoakan Datuk Seri Najib dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini…semoga segala-galanya dipermudahkan.

“Apa yang penting saya doakan proses di mahkamah yang sedang berjalan akan berjalan secara adil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan kelmarin menolak permohonan peguam utama Najib yang baru dilantik pada 21 Julai lalu, Hisyam Teh Poh Teik untuk menangguhkan prosiding rayuan akhir dengan alasan pasukan peguam memerlukan lebih masa untuk mengkaji kes berkenaan dan membuat persiapan.

Hishammuddin yang juga Menteri Kanan Pertahanan sebelum itu merasmikan  Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan, hari ini.

Related posts

Leave a Comment