Thailand catat 1,508 kes baharu

BANGKOK 17 Ogos – Selepas merekodkan 1,508 kes harian kelmarin, Thailand kembali mencatatkan peningkatan kes dalam tempoh 24 jam dengan mencatatkan 2,461 kes menjadikan jumlah keseluruhan 4,626,057.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, hanya satu Kes import dilaporkan sementara yang lain kes jangkitan tempatan.

Dalam tempoh yang sama,sebanyak 28 lagi kematian direkodkan akibat Covid-19 berbanding 29 sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 31,915 orang meninggal dunia setakat ini.

Sebanyak 19,902 pesakit Covid-19 sedang mendapatkan rawatan di hospital manakala 2,243 sudah sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 4,574,240 orang.

Bagi program vaksinasi pula, setakat ini sebanyak 142,253,749 dos telah diberikan kepada rakyat negara itu.

Related posts

Leave a Comment