3,762 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 17 Ogos – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,762‬ kes baharu di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 3,559 jangkitan tempatan dan 203‬ ‬kes import.

Dalam tempoh yang sama, dua lagi meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 1,567 orang manakala jumlah kumulatif kes sebanyak 1,805,698 orang.

Menurut MoH, sebanyak 3,380 kes yang mewakili 3,207 kes tempatan dan 173 kes import adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 382‬ kes lagi disahkan menerusi ujian PCR yang melibatkan 352 jangkitan tempatan, manakala 30 adalah kes import.

Ketika ini seramai 479 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 524 yang dicatatkan semalam dan daripada jumlah itu, sebanyak 52 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 11 dipantau rapi di ICU dan 3,173 pesakit sembuh .

Related posts

Leave a Comment