Chen Man Hin meninggal dunia

PETALING JAYA 17 Ogos – Pengasas parti DAP, Dr Chen Man Hin, meninggal dunia di kediamannya di Seremban, Negeri Sembilan, pagi ini pada usia 97 tahun.

Man Hin yang juga penasihat seumur hidup DAP, adalah bekas Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Mendiang adalah ADUN Rahang dari tahun 1965 hingga 1982 dan juga pernah menjadi Ahli Parlimen Seremban Timor (1969 – 1974) dan Seremban (1974 – 1982 dan 1983 – 1990).

Mendiang mempunyai lima orang anak dan difahamkan meninggal dunia di samping keluargnya.

Man Hin adalah Pengerusi DAP sejak 1966 hingga 1999 dan telah dilantik sebagai penasihat seumur hidup yang pertama bagi parti itu.

DAP melalui Facebooknya menyifatkan Dr. Chen telah mendedikasikan hidupnya untuk berkhidmat kepada negara.

Sebagai pengerusi kebangsaan pertama DAP pada tahun 1966, beliau juga pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat selama lebih tiga dekad.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Penasihat Seumur Hidup DAP dan peranan itu dipegangnya sehingga akhir hayatnya.

“DAP terhutang budi kepada Dr. Chen atas sumbangan dan wawasannya yang tidak terkira kepada parti dan negara tercinta.

Prinsip dan keberaniannya yang tidak berbelah bahagi tidak akan dilupakan,” lata DAP.

Sementara itu Pengerusi DAP, Lim Guang Eng di Facebook, memaklumkan beliau berasa amat sedih dengan pemergian Man Hin.

“Dalam perjalanan ke Seremban dari Pulau Pinang untuk mengucapkan takziah kepada keluarganya. Berehat dengan aman,” katanya.

Related posts

Leave a Comment