ANKARA 16 Ogos – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, diberi Sambutan Negara di Kompleks Presiden hari ini sempena lawatan baginda ke Turkiye. Keberangkatan tiba Seri Paduka pada pukul 5.30 petang (waktu tempatan) disambut oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan. Baginda menerima tabik hormat daripada Pasukan Pengamanan Presiden, diiringi lagu kebangsaan Malaysia ‘Negaraku’ dan lagu kebangsaan Turkiye ‘Istiklal Marsi’ serentak dengan tembakan meriam 21 das. Al-Sultan Abdullah yang diiringi Erdogan, kemudian memeriksa perbarisan pasukan kawalan kehormatan serta diperkenal kepada barisan Kabinet pemerintah Turkiye. Yang di-Pertuan Agong dan Raja…
Read MoreDay: August 16, 2022
5,869 kes baharu di Indonesia
JAKARTA 16 Ogos – Indonesia melaporkan pertambahan kes baharu Covid-19 dengan merekodkan 5,869 kes dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,292,231. Jakarta mencatatkan pertambahan kes yang tinggi dengan angka 2,462 diikuti Jawa Barat 1,158, Banten 701, Jawa Timur 580, dan Jawa Tengah 173. Jumlah kes aktif pula bertambah sebanyak 41 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 52,222 manakala kes sembuh pula meningkat kepada 6,082,732 termasuk 5,803 yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 25 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam antara 15…
Read MoreSingapura catat 5,202 kes baharu
SINGAPURA 16 Ogos – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 5,202 kes baharu di Singapura setakat pukul 12 tengah hari Selasa ini yang melibatkan 4,909 kes jangkitan tempatan dan 293 import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 1,801,936 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 1,565 termasuk lima kes terbaharu. Menurut MoH, sebanyak 4,795 kes yang terdiri daripada 4,529 kes tempatan dan 266 kes import adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 407 kes lagi disahkan menerusi ujian…
Read MoreCadang Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan
KUALA LUMPUR 16 Ogos – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan mempertimbangkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan melalui dokumen Kertas Putih Kesihatan yang sedang dibangunkan. Beliau berkata, berdasarkan corak perkhidmatan Kementerian Kesihatan (KKM), adalah wajar dan amat bertepatan untuk suruhanjaya khusus itu diwujudkan. “Mestilah satu perkhidmatan yang sangat luar biasa bagi (sektor) yang memerlukan penubuhan suruhanjaya. Kalau tanya kepada KKM, ya kita memang perlukan (penubuhan suruhanjaya) supaya tidak tertakluk kepada dasar di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA),” katanya selepas Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022, di sini hari ini. Khairy berkata, keperluan…
Read More4,053 perjawatan tetap KKM lulus
KUALA LUMPUR 16 Ogos – Sebanyak 4,053 permohonan membabitkan perjawatan tetap sebagai pegawai perubatan, pergigian dan farmasi diluluskan hari ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata, jumlah penambahan jawatan tetap itu adalah tertinggi pernah direkodkan sejak 2016. “Kita membuat cadangan dan diterima Kabinet supaya penambahan jawatan tetap dimulakan pada tahun ini dan Kementerian Kesihatan (KKM) menerima 8,672 permohonan. “Daripada jumlah itu, seramai 8,052 calon hadir untuk temu duga. Calon yang diluluskan tetap adalah seramai 3,215 untuk pegawai perubatan, 438 bagi pegawai pergigian dan 400 pegawai farmasi,” katanya selepas Persidangan…
Read MoreKes sembuh di Brunei 215,085
BERAKAS 16 Ogos – Sebanyak 446 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Brunei Darussalam meningkat kepada 215,085 orang. Menurut infografik status harian Covid-19, tiada kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Bagaimanapun terdapat dua kes dilaporkan dalam Kategori 4, iaitu kes yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Mengenai program vaksinasi pula, sebanyak 76.2 peratus daripada penduduk negara itu telah mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19 dan 8.6 peratus dengan empat dos. Sebanyak 82.0 peratus kanak-kanak berusia…
Read MoreDua senario peralihan jawatan PM
SINGAPURA 16 Ogos – Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong berkata belum ada ketetapan tarikh untuk beliau menggantikan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, tetapi mungkin tidak lewat daripada 2025 atau lebih awal. Wong yang juga Menteri Kewangan membayangkan demikian semasa menjawab pertanyaan Ketua Pengarang Berita Bloomberg John Micklethwait mengenai bilakah beliau akan mengambil alih jawatan daripada Perdana Menteri. Dalam temu bual pada 15 Ogos lalu, Wong menjelaskan mengenai dua senario berkaitan peralihan itu. Menurut laporan berita itu, senario pertama menjangkakan Wong mengambil alih jawatan perdana menteri sebelum Pilihan Raya Umum, yang…
Read MoreKes harian turun di Thailand
BANGKOK 16 Ogos – Thailand melaporkan penurunan kes harian hari ini dengan merekodkan 1,508 kes baharu Covid-19 berbanding 1,663 kes yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,623,596. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 29 lagi dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 31,887 kematian. Sebanyak 19,712 pesakit Covid-19 sedang mendapatkan rawatan di hospital manakala 1,508 sudah sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 4,571,997 orang. Bagi program vaksinasi pula, sebanyak 142,217,962 dos telah diberikan kepada rakyat negara itu berbanding semalam 142,201,901.
Read MoreNajib kecewa dan terkejut
PUTRAJAYA 16 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Najib Razak terkejut dan kecewa terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonannya untuk memasukkan bukti berkaitan hakim, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali. Beliau mendakwa, permohonannya untuk memasukkan bukti tentang kedudukan Mohd Nazlan dalam Kumpulan Maybank sebelum ini, sememangnya mempunyai konflik kepentingan yang cukup besar. “Saya terkejut. Saya kecewa dengan keputusan mahkamah yang tidak membenarkan saya memasukkan bukti baharu yang saya sesungguhnya percaya hakim Mohd Nazlan mempunyai konflik kepentingan yang tinggi. “Beliau pastinya mempunyai pengetahuan peribadi yang dalam tentang semua transaksi berkaitan dana 1MDB…
Read MoreJokowi berpakaian adat ke MPR
JAKARTA 16 Ogos – Presiden Joko Widodo hadir pada Sidang Tahunan Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) 2022 hari ini dengan mengenakan pakaian adat Paksian yang berasal dari provinsi Bangka Belitung. Menurut Jokowi, motif pakaian itu melambangkan kerukunan dan warna hijau yang menjadi pilihannya melambangkan kesejukan. “Motifnya bernama pucuk rebung yang melambangkan kerukunan dan warna hijau yang kita pilih karena mengandung filosofi kesejukan, harapan, dan pertumbuhan,” kata Jokowi. Selesai berucap pada sidang itu, Jokowi menjadi tumpuan ramai untuk mereka bergambar dengan Presiden yang berpakaian adat itu. Sementara itu, media melaporkan baju adat…
Read More