Kes harian turun di Thailand

BANGKOK 16  Ogos – Thailand melaporkan penurunan kes harian hari ini dengan merekodkan 1,508 kes baharu Covid-19 berbanding 1,663 kes yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,623,596.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 29 lagi dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 31,887 kematian.

Sebanyak 19,712 pesakit Covid-19 sedang mendapatkan rawatan di hospital manakala 1,508 sudah sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 4,571,997 orang.

Bagi program vaksinasi pula, sebanyak 142,217,962 dos telah diberikan kepada rakyat negara itu berbanding semalam 142,201,901.

Related posts

Leave a Comment