5,869 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 16 Ogos – Indonesia melaporkan pertambahan kes baharu Covid-19 dengan merekodkan 5,869 kes dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,292,231.

Jakarta mencatatkan pertambahan kes yang tinggi dengan angka 2,462 diikuti Jawa Barat 1,158, Banten 701, Jawa Timur 580, dan Jawa Tengah 173.

Jumlah kes aktif pula bertambah sebanyak 41 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 52,222 manakala kes sembuh pula meningkat kepada 6,082,732 termasuk 5,803 yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 25 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam antara 15 dan 16 Ogos menjadikan jumlah kematian setakat ini sebanyak 157,277.

Mengenai vaksinasi, setakat pukul 6 petang ini, jumlah penerima dos pertama adalah 203,027,594 atau 86.52 peratus daripada sasaran vaksinasi.

Sebanyak 170,549,667 atau 72.68 peratus menerima dos kedua, 58,903,239 atau 25.10 peratus mendapatkan dos ketiga atau penggalak.

Related posts

Leave a Comment