Kes sembuh di Brunei 215,085

BERAKAS 16 Ogos – Sebanyak 446 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Brunei Darussalam meningkat kepada 215,085 orang.

Menurut infografik status harian Covid-19, tiada kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Bagaimanapun terdapat dua kes dilaporkan dalam Kategori 4, iaitu kes yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Mengenai program vaksinasi pula, sebanyak 76.2 peratus daripada penduduk negara itu telah mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19 dan 8.6 peratus dengan empat dos.

Sebanyak 82.0 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun telah mendapatkan dua dos vaksin manakala 55.3 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19.

Related posts

Leave a Comment