Singapura catat 5,202 kes baharu

SINGAPURA 16 Ogos – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 5,202‬ kes baharu di Singapura setakat pukul 12 tengah hari Selasa ini yang melibatkan 4,909 kes jangkitan tempatan dan 293‬ import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 1,801,936 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 1,565 termasuk lima kes terbaharu.

Menurut MoH, sebanyak 4,795 kes yang terdiri daripada 4,529 kes tempatan dan 266 kes import adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 407‬ kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 380 adalah jangkitan tempatan, manakala 27 adalah kes import.

Sementara itu, sebanyak 524 pesakit masih dirawat di hospital, berbanding 569 yang dicatatkan semalam di mana 50 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 15 dipantau rapi di ICU manakala 4,424 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Setakat 15 Ogos, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment