5,633 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 6 Ogos – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 5,633 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 5,426 jangkitan tempatan dan 207‬ ‬kes import. Angka terbaharu Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,754,777 dengan jumlah kematian pula 1,536 termasuk dua yang dilaporkan hari ini. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 5,020 kes iaitu 4,863 kes tempatan dan 157 kes import adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 613 kes lagi disahkan menerusi ujian…

Read More

Puncak Borneo kini ahli PBB

KUCHING 6 Ogos – Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin, sah menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini, kata Premier Sarawak, Abang Johari Abang Openg. Katanya, keputusan untuk menerima Willie sebagai ahli PBB, parti tunjang kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu dibuat hari ini tanpa sebarang komitmen. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di Jalan Bako, di sini, hari ini. Willie yang juga Ahli Parlimen Puncak Borneo mengemukakan permohonan untuk menyertai PBB beberapa bulan lalu. Beliau memenangi kerusi Parlimen itu sebagai calon…

Read More

Tiba masa Muhyiddin tekan ‘butang’?

PERDANA Menteri, Ismail Sabri Yaakob bercakap lagi mengenai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Seperti sebelum ini, katanya PRU dah dekat dan jika semua sudah bersedia tiada masalah untuk kerajaan membubarkan Parlimen. Kata Ismail Sabri hari ini : “Kalau ada pihak yang menarik sokongan dan kerajaan tumbang, maka pilihan raya perlu diadakan selepas itu,”. Bagaimanapun sekiranya masih belum bersedia dan kerajaan Keluarga Malaysia sedia ada masih kekal, beliau akan mempertimbangkan tarikh pilihan raya dengan meneliti isu-isu rakyat terlebih dahulu. Berdasarkan perkembangan semasa sehari dua ini, timbul persoalan sama ada Perdana Menteri…

Read More

711 pesakit sembuh di Brunei Darussalam

BERAKAS 6 Ogos – Sebanyak 711 pesakit dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 209,387kes. Menurut info grafik Kementerian Kesihatan, sebanyak satu kes dilaporkan dalam Kategori 4 iaitu kes yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Tiada kes bagi Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU) Mengenai program vaksinasi pula, sebanyak 75.4 peratus daripada penduduk negara itu telah mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19 dan 7.6 peratus dengan empat dos. Sebanyak 80.8 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun telah mendapatkan dua…

Read More

Kes jangkitan, kematian meningkat

BANGKOK 6 Ogos – Angka kes jangkitan dan kematian Covid-19 semalam menunjukkan sedikit peningkatan apabila merekodkan 2,381 kes baharu dan 35 orang meninggal dunia berbanding 2,253 kes dan 34 kematian pada Khamis. Berikutan pertambahan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,603,359 orang dengan jumlah kematian pula 31,561 orang. Sehingga tengah malam tadi sebanyak 21,250 pesakit mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 11,391 di hospital dan 9,528 di rumah atau pengasingan komuniti. Daripada jumlah kes di hospital, sebanyak 910 dalam keadaan serius dan 471 bergantung kepada bantuan ventilator manakala 2,209 dilaporkan sembuh menjadikan…

Read More

Teruskan jihad perangi orang tengah

SERDANG 6 Ogos –  Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) perlu meneruskan jihad memerangi orang tengah dalam usaha mengawal kos sara hidup yang meningkat, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, langkah itu boleh dilaksanakan menerusi strategi penguasaan rantaian bekalan dengan kerjasama agensi di bawah kementerian. “Langkah itu termasuk mewujudkan pusat pembelian padi, pusat pengumpulan buah-buahan, penambahan pasar tani serta pasar nelayan,” katanya ketika berucap merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini. Ismail Sabri berkata, beliau…

Read More

Amaran kepada kartel manipulasi harga

SERDANG 6 Ogos – Kerajaan sentiasa berusaha menangani manipulasi orang tengah dan kewujudan kartel dalam sektor pertanian dan rangkaian bekalan makanan yang menyebabkan kenaikan harga barang dan inflasi. Justeru, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberi amaran terhadap mana-mana kartel yang cuba memanipulasi harga dan pasaran produk pertanian. “Buktinya semalam Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengeluarkan amaran terhadap lima perusahaan makanan ternakan yang bersekongkol dalam menaikkan harga makanan ayam,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di…

Read More

PRU jika kerajaan tumbang

SERDANG 6 Ogos – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata jika ada pihak yang menarik sokongan kepada kerajaan dan kerajaan yang ada tumbang, maka pilihan raya perlu diadakan selepas itu. Katanya, kerajaan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jika pilihan raya umum terpaksa diadakan dalam tempoh terdekat. “Kerajaan sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya dalam apa juga keadaan. Kalau kita masih kekal, kita pertimbangkan tarikh pilihan raya mengikut kesesuaian dan saya sudah sebutkan pilihan raya akan tetap diadakan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA)…

Read More

Keputusan sertai politik ‘sukar’

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Keputusan untuk memasuki arena politik adalah satu keputusan yang sukar tetapi amat diperlukan untuk terus berkhidmat kepada negara, kata Menteri Kewangan Tengku  Zafrul Abdul Aziz. “Jika anda mahu terus berkhidmat untuk negara, anda perlulah menyertai politik secara aktif,” katanya dalam satu wawancara dengan Cable News Network (CNN), yang disiarkan Bernama semalam. Beliau berkata selaku seorang senator sekarang ini tempoh perkhidmatannya terhad kepada enam tahun sahaja. Bekas Ketua Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) diumumkan sebagai Menteri Kewangan pada 9 Mac 2020 ketika Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri dan dilantik…

Read More

Tiada perbincangan Bersatu tarik sokongan

PUTRAJAYA 6 Ogos – Tiada sebarang perbincangan untuk Bersatu menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Persekutuan yang diterajui Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, ketika ini. Naib Presiden Bersatu, Dr Radzi Jidin berkata, parti dalam komponen Perikatan Nasional (PN) itu berkata, partinya  juga tidak akan sewenang-wenangnya menarik sokongan terhadap Kerajaan Persekutuan sehingga perbincangan lanjut diadakan. Beliau mengulas isu berkaitan susulan tindakan Ismail Sabri membatalkan pertemuan bersama PN pada saat akhir, baru-baru ini. Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan isu pelantikan wakil Bersatu ke jawatan Timbalan Perdana Menteri, yang didakwa dipersetujui Ismail Sabri…

Read More