5,633 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 6 Ogos – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 5,633 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 5,426 jangkitan tempatan dan 207‬ ‬kes import.

Angka terbaharu Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,754,777 dengan jumlah kematian pula 1,536 termasuk dua yang dilaporkan hari ini.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 5,020 kes iaitu 4,863 kes tempatan dan 157 kes import adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 613 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 563 adalah jangkitan tempatan, manakala 50 adalah kes import.

Sementara itu sebanyak 626 pesakit masih dirawat di hospital, di mana 54 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 16 dipantau rapi di ICU manakala

7,084 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, setakat semalam, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional di mana 93 peratus menerima satu dos, 93 peratus lengkap dua dos dan 79 peratus sudah disuntik dos penggalak:

Related posts

Leave a Comment