711 pesakit sembuh di Brunei Darussalam

BERAKAS 6 Ogos – Sebanyak 711 pesakit dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 209,387kes.

Menurut info grafik Kementerian Kesihatan, sebanyak satu kes dilaporkan dalam Kategori 4 iaitu kes yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Tiada kes bagi Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU)

Mengenai program vaksinasi pula, sebanyak 75.4 peratus daripada penduduk negara itu telah mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19 dan 7.6 peratus dengan empat dos.

Sebanyak 80.8 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun telah mendapatkan dua dos vaksin manakala 54.1 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19.

Related posts

Leave a Comment