10,230 kes baharu Singapura

SINGAPURA 2 Ogos – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 10,230 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini melibatkan 9,876 jangkitan tempatan dan 354‬ ‬kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,728,995 sejak pandemik diisytiharkan manakala empat kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah kumulatif 1,524 orang. Sebanyak 9,571 kes iaitu 9,244 kes tempatan dan 327 kes import.adalah  pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Manakala 659 kes lagi iaitu 632 tempatan dan 27 import disahkan menerusi…

Read More

Kes sembuh Brunei Darussalam meningkat

BERAKAS 2 Ogos – Jumlah kes sembuh menunjukkan peningkatan apabila 715 lagi pesakit dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 206,488 kes. Menurut info grafik Kementerian Kesihatan, sebanyak lima kes dilaporkan dalam Kategori 4 iaitu kes yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Tiada kes bagi Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU) Mengenai program vaksinasi pula, sebanyak 75.1 peratus daripada penduduk negara itu telah mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19 dan 7.2 peratus dengan empat dos. Sebanyak 80.2 peratus kanak-kanak berusia…

Read More

5,827 kes baharu Covid-19 Indonesia

JAKARTA 2 Ogos – Indonesia merekodkan 5,827 kes baharu Covid-19 hari ini termasuk 123 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,216,621 sejak kes pertama diumumkan. Dalam tempoh yang sama angka kesembuhan juga menunjukkan peningkatan apabila 4,564 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,010,545 orang pulih. Sebanyak 1,239 kes aktif dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 49,048 manakala jumlah kematian pula meningkat kepada 157,028 termasuk 24 lagi individu meninggal dunia. Sementara itu, lima wilayah merekodkan kes positif tertinggi didahului Jakarta yang merekodkan 1,993, Jawa Barat 1,549, Banten 788,…

Read More

3,213 kes baharu di Malaysia

PUTRAJAYA 2 Ogos – Lapan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan dua kes meninggal dunia di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID) menjadikan jumlah keseluruhan 35,977 meninggal dunia. Menurut portal COVIDNOW Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 3,213 kes positif termasuk 11 kes import dilaporkan semalam berbanding 2,783 kelmarin yang membawa kepada jumlah kumulatif kes 4,645,334 Sejumlah 3,847 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sudah pulih membabitkan seramai 4,602,625 pesakit. Kes aktif Covid-19 mencatatkan angka sebanyak 44,664 kes, dengan 43,080 daripadanya adalah individu dikuarantin di rumah, 20 kes di Pusat Kuarantin…

Read More

RUU Tembakau: Remaja mungkin saman

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nazri Aziz tidak menolak kemungkinan kerajaan disaman sebilangan remaja berusia 18 tahun, jika Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 diluluskan. Beliau berkata, tindakan perundangan itu mungkin diambil golongan remaja terbabit dengan alasan kerajaan melanggar kebebasan mereka memilih untuk merokok atau sebaliknya. Ini kerana, katanya, penggubalan RUU itu akan melarang individu yang lahir selepas 1 Januari 2007 daripada merokok dan menghisap vape, sekali gus mewujudkan diskriminasi kepada golongan terbabit. “Saya setuju jika kita haram rokok terus. Bila kita haram…

Read More

Nancy Pelosi tiba di Malaysia

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi diiringi delegasi kongres tiba di sini hari ini sebagai sebahagian daripada rangka lawatan rasmi ke empat negara Asia. Pesawat khas yang membawa Pelosi dan delegasinya mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dekat sini pada pukul 10.30 pagi. Ketibaan Pelosi, 82, yang mengenakan sut merah jambu disambut Timbalan Speaker Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon. Turut hadir Duta AS ke Malaysia, Brian D McFeeters. Ia adalah lawatan sulung Pelosi ke Malaysia. Turut serta dalam kunjungan itu…

Read More

Nur Diana Sultanah Kelantan

KOTA BHARU 2 Ogos – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Sultanah Kelantan dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah. Pengisytiharan itu yang berkuat kuasa hari ini diumumkan oleh Menteri Besar, Ahmad Yakob di sini hari ini. Ahmad ketika membacakan teks itu berkata, pengisytiharan dilakukan menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua). Sultan dan Yang dipertuan bagi negeri Kelantan sudah mengadakan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan.…

Read More

Peru catat kematian cacar monyet

LIMA: Peru yang mencatatkan lebih 300 kes jangkitan cacar monyet merekodkan kematian pertama semalam disebabkan jangkitan itu. Pengarah Hospital Dos de Mayo, Eduardo Farfan, berkata seorang pesakit datang ke hospital itu dalam keadaan serius dengan cacar monyet dan kesihatan mereka lemah selepas meninggalkan rawatan HIV/AIDS. Individu yang berusia 45 tahun itu maut akibat sepsis (keadaan diakibatkan oleh bakteria memudaratkan dalam darah dan tisu) kerana sistem imun lemah. Lelaki itu dimasukkan ke hospital dalam keadaan jangkitan cacar monyet yang teruk dan komorbiditi lain. Menurut Farfan, pihak hospital merawat enam hingga lapan…

Read More

Truss dahului Sunak ganti Johnson

LONDON: Calon Perdana Menteri Britain, Liz Truss terus mendahului bekas Menteri Kewangan, Rishi Sunak apabila memenangi sokongan anggota Kabinet Britain. Ketika ahli Parti Konservatif mula mengundi hari ini bagi menentukan siapa bakal pengganti Boris Johnson, Truss dan Sunak terus mengatur kempen. Sunak, yang kini ketinggalan mahu menebus ‘kekalahan’ menerusi rancangan terbarunya dengan menjanjikan pemotongan cukai pada masa depan. Manakala Truss mengumumkan rancangan untuk menjadikan negara itu tuan rumah Piala Dunia bola sepak wanita selepas pasukan ‘Lionesses’ England memenangi kejuaraan Eropah. Truss turut mendoakan perlawanan bola sepak akhir menentang Jerman sambil…

Read More

Pemilih berdaftar kini 21,113,234

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Pemilih berdaftar terkini yang diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berdasarkan Daftar Pemilih Tambahan Mei 2022 pada 16 Jun lalu adalah berjumlah 21,113,234 orang. Daripada jumlah itu, seramai 1,141,749 orang iaitu 5.4 peratus adalah pemilih berumur 18 tahun hingga 20 tahun, manakala baki 19,971,485 orang atau 94.6 peratus ialah pemilih berumur 21 tahun dan ke atas. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Mas Ermieyati Samsuddin, berkata terdapat pertambahan 5.8 juta pemilih susulan penguatkuasaan had umur daripada 21 tahun kepada 18 pada 15…

Read More