Peru catat kematian cacar monyet

LIMA: Peru yang mencatatkan lebih 300 kes jangkitan cacar monyet merekodkan kematian pertama semalam disebabkan jangkitan itu.

Pengarah Hospital Dos de Mayo, Eduardo Farfan, berkata seorang pesakit datang ke hospital itu dalam keadaan serius dengan cacar monyet dan kesihatan mereka lemah selepas meninggalkan rawatan HIV/AIDS.

Individu yang berusia 45 tahun itu maut akibat sepsis (keadaan diakibatkan oleh bakteria memudaratkan dalam darah dan tisu) kerana sistem imun lemah.

Lelaki itu dimasukkan ke hospital dalam keadaan jangkitan cacar monyet yang teruk dan komorbiditi lain.

Menurut Farfan, pihak hospital merawat enam hingga lapan kes cacar monyet sehari sebagai pesakit luar.

Related posts

Leave a Comment