10,230 kes baharu Singapura

SINGAPURA 2 Ogos – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 10,230 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini melibatkan 9,876 jangkitan tempatan dan 354‬ ‬kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,728,995 sejak pandemik diisytiharkan manakala empat kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah kumulatif 1,524 orang.

Sebanyak 9,571 kes iaitu 9,244 kes tempatan dan 327 kes import.adalah  pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Manakala 659 kes lagi iaitu 632 tempatan dan 27 import disahkan menerusi ujian PCR.

Sementara itu, sebanyak 652 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 676 yang dicatatkan semalam di mana 63 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 15 dipantau rapi di ICU manakala 6,880 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai program vaksinasi, setakat 1 Ogos, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin  di mana 93 peratus menerima satu dos dan juga lengkap dua dos manakala 79 peratus mendapatkan dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment