5,827 kes baharu Covid-19 Indonesia

JAKARTA 2 Ogos – Indonesia merekodkan 5,827 kes baharu Covid-19 hari ini termasuk 123 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,216,621 sejak kes pertama diumumkan.

Dalam tempoh yang sama angka kesembuhan juga menunjukkan peningkatan apabila 4,564 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,010,545 orang pulih.

Sebanyak 1,239 kes aktif dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 49,048 manakala jumlah kematian pula meningkat kepada 157,028 termasuk 24 lagi individu meninggal dunia.

Sementara itu, lima wilayah merekodkan kes positif tertinggi didahului Jakarta yang merekodkan 1,993, Jawa Barat 1,549, Banten 788, Jawa Timur 526 serta Bali 158.

Jakarta juga merekodkan kes sembuh yang tinggi dengan 1,861 diikuti Banten 1,191, Jawa Barat 583, Jawa Timur 337 dan Bali 227.

Mengenai program vaksinasi pula, sebanyak 61,000 lagi menerima dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan 202,546,668 orang, manakala dos kedua pula bertambah 52,209 menjadikan jumlah keseluruhan 170,136,611 orang.

Sebanyak 299,737 lagi menerima dos ketiga menjadikan jumlah keseluruhan 56,424,541 orang

Related posts

Leave a Comment