3,213 kes baharu di Malaysia

PUTRAJAYA 2 Ogos – Lapan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan dua kes meninggal dunia di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID) menjadikan jumlah keseluruhan 35,977 meninggal dunia.

Menurut portal COVIDNOW Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 3,213 kes positif termasuk 11 kes import dilaporkan semalam berbanding 2,783 kelmarin yang membawa kepada jumlah kumulatif kes 4,645,334

Sejumlah 3,847 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sudah pulih membabitkan seramai 4,602,625 pesakit.

Kes aktif Covid-19 mencatatkan angka sebanyak 44,664 kes, dengan 43,080 daripadanya adalah individu dikuarantin di rumah, 20 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) serta 1,510 kes di hospital.

Sebanyak 54 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 33 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,006 berbanding 473 kelmarin.

Ini diikuti Selangor (865), Sabah (241), Pulau Pinang (171), Perak (224), Negeri Sembilan (153), Kedah (130), Johor (114), Melaka (90), Putrajaya (59),  Sarawak (52), Kelantan (42), Pahang (34), Terengganu (23), Perlis (6) dan tiga kes di Labuan.

Related posts

Leave a Comment