Kes ke-11 cacar monyet di Singapura

SINGAPURA 27 Julai – Satu lagi kes jangkitan cacar monyet dilaporkan di Singapura hari ini menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 11 orang sejak bulan Jun lalu. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes melibatkan seorang lelaki rakyat Singapura berusia 32 tahun. Lelaki itu diuji positif terjangkit virus itu pada 26 Julai, dua minggu selepas mengalami demam pada 12 Julai serta mengalami ruam di tubuhnya. Dia mendapatkan rawatan perubatan pada Selasa dan dimasukkan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) pada hari yang sama. Pengesanan kontak sedang dilakukan dan dia kini dalam keadaan…

Read More

Indonesia catat 6,438 kes baharu

JAKARTA 27 Julai – Indonesia merekodkan 6,438 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,185,311 kes. Menurut data yang dikeluarkan pemerintah, pertambahan kes tertinggi direkodkan di Jakarta dengan 3,279 diikuti Jawa Barat 1,181, dan Banten 761 kes. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 5,982,347 orang berikutan 3,825 lagi pesakit dilaporkan pulih. Pada masa yang sama, 11 lagi dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 156,940 kematian. Sementara itu, setakat pukul 6 petang semalam, jumlah penduduk yang mendapat dos pertama meningkat kepada 202,333,791 orang…

Read More

Kek, kuih ditarik balik di pasaran

SINGAPURA 27 Julai  – Kek Aneka Best One (rasa pisang) keluaran Malaysia serta kuih terpilih daripada sembilan pengeluar tempatan, dan pek campuran buah-buahan Bake King, ditarik balik dari pasaran mulai semalam. Menurut Agensi Makanan Singapura (SFA), langkah itu diambil berikutan produk berkenaan menggunakan bahan diragui serta bahan tambahan tidak diisytiharkan. Produk kuih adalah kuih lapis, kuih ubi kayu dan ondeh-ondeh daripada Toh Chuan Kee Foodstuff, Tongli Food Manufacturing, AMK Nonya Kueh, Chit Guan Foodstuff, Delight Baker, Thomson Foodstuff Manufacturing, Sin Hwa Coconuts Industrial, Tiong Bahru Tian Bo Shui Kueh dan…

Read More

2,747 kes baharu di Thailand

BANGKOK 27 Julai – Kes jangkitan harian Covid-19 menunjukkan peningkatan apabila 2,747 kes direkodkan semalam berbanding 1,828 sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 4,582,168. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah kematian pula meningkat kepada 31,258 orang apabila 34 lagi individu meninggal dunia berbanding 35 orang pada hari sebelumnya. Sehingga tengah malam Selasa, sebanyak 24,219 orang menerima rawatan Covid-19 termasuk 11,878 di hospital di samping 297 di fasiliti hospital dan 12,010 di rumah atau pusat pengasingan komuniti. Daripada jumlah kes di hospital, sebanyak 911 dalam keadaan kritikal dan 444 bergantung kepada bantuan ventilator. Dalam tempoh…

Read More

Tiada lagi MoU kerajaan, PH

KUALA LUMPUR 27 Julai – Tidak ada lagi perjanjian atau memorandum persefahaman (MoU) baharu antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH), kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Katanya, MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kedua pihak tahun lalu, akan diteruskan sehingga Parlimen dibubarkan. Perkasa itu dipersetujui beliau yang mewakili kerajaan dengan pemimpin utama parti pembangkang khususnya PH dalam pertemuannya bersama mereka sebelum ini. “Soal sambung tak sambung (MoU) tak penting, yang pentingnya sekarang adalah soal persefahaman untuk kepentingan rakyat masih boleh kita teruskan. Kerjasama bertulis tidak ada lagi lepas…

Read More

Ahli Parlimen dipecat juga hilang kerusi?

KUALA LUMPUR 27 Julai – DAP sedia meminda perlembagaannya jika mana-mana Ahli Parlimen yang dipecat daripada parti dianggap sebagai lompat parti dan digugurkan daripada kerusinya. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke (PH-Seremban) memberi jaminan itu  jika Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, memberi jaminan boleh melaksanakannya. Katanya, ketika ini, Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 itu masih ada kelemahan walaupun DAP secara umum menyokong pelaksanaannya. Beliau menarik perhatian dalam perkara ‘Ahli Dewan Rakyat tidak terhenti menjadi ahli dewan itu akibat pemecatan oleh…

Read More

Perlu ada ruang wakil rakyat tukar parti

KUALA LUMPUR 27 Julai – Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyokong Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berhubung aktiviti lompat parti tetapi perlu ada ruang untuk wakil rakyat bertukar parti. Katanya, dalam situasi tertentu, ruang itu perlu bagi menghadapi kemungkinan tidak ada satu pun parti yang mampu memperoleh sekurang-kurangnya 50 peratus kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan. “Yang ada ialah parti yang kurang daripada 50 peratus. Dan dalam keadaan itu kalau ditubuh juga satu kerajaan minoriti, apabila datang ke Dewan Rakyat, maka Dewan Rakyat boleh menjatuhkan  kerajaan minoriti itu,…

Read More

Enam ketua perwakilan serah watikah

KUALA LUMPUR 27 Julai – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima watikah pelantikan enam ketua perwakilan asing ke Malaysia, di Istana Negara. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Majlis Menghadap itu. Ketua-ketua perwakilan asing berkenaan ialah Menzie Sipho Dlamini dari Eswatini, Mohamed Assadiq Masaud Attia (Libya) serta Emir Salim Yuksel (Turkiye), kesemua mereka bermastautin di Malaysia Ketua-ketua perwakilan asing yang tidak bermastautin di Malaysia pula ialah Kathos Jibao Mattai dari Sierra Leone,…

Read More

Kesan moral bagi ‘penjual maruah’

KUALA LUMPUR 27 Julai  – Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 menjadi permulaan bersejarah dalam memberi kesan kepada moral serta integriti Ahli Parlimen yang dianggap sebagai penjual maruah dan pengkhianat. Justeru, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), menyatakan sokongannya terhadap larangan Ahli Parlimen bertukar parti itu walaupun ia tidak memenuhi sepenuhnya tuntutan dikemukakan PH. Anwar berkata, pembelotan ini bukan sesuatu yang baharu sebaliknya sejak 1961 apabila kerajaan Pas Terengganu dijatuhkan, tetapi tidak menjadi pengajaran kerana parti itu kemudian bersekongkol dan mengizinkan ia…

Read More