Indonesia catat 6,438 kes baharu

JAKARTA 27 Julai – Indonesia merekodkan 6,438 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,185,311 kes.

Menurut data yang dikeluarkan pemerintah, pertambahan kes tertinggi direkodkan di Jakarta dengan 3,279 diikuti Jawa Barat 1,181, dan Banten 761 kes.

Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 5,982,347 orang berikutan 3,825 lagi pesakit dilaporkan pulih.

Pada masa yang sama, 11 lagi dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 156,940 kematian.

Sementara itu, setakat pukul 6 petang semalam, jumlah penduduk yang mendapat dos pertama meningkat kepada 202,333,791 orang atau 97.15 peratus daripada sasaran 208,264,720 orang.

Bagi dos kedua pula sebanyak 81.60 peratus atau 169,936,472 orang sementara untuk dos penggalak melibatkan 26.54 peratus atau 55,275,438 orang.

Related posts

Leave a Comment