2,747 kes baharu di Thailand

BANGKOK 27 Julai – Kes jangkitan harian Covid-19 menunjukkan peningkatan apabila 2,747 kes direkodkan semalam berbanding 1,828 sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 4,582,168.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah kematian pula meningkat kepada 31,258 orang apabila 34 lagi individu meninggal dunia berbanding 35 orang pada hari sebelumnya.

Sehingga tengah malam Selasa, sebanyak 24,219 orang menerima rawatan Covid-19 termasuk 11,878 di hospital di samping 297 di fasiliti hospital dan 12,010 di rumah atau pusat pengasingan komuniti.

Daripada jumlah kes di hospital, sebanyak 911 dalam keadaan kritikal dan 444 bergantung kepada bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam pula, sebanyak 2,099 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kes sembuh meningkat kepada 4,526,691 orang.

Related posts

Leave a Comment