Peningkatan kes di Selangor

PUTRAJAYA 2 Jun – Selangor terus merekodkan angka jangkitan Covid-19 tertinggi dengan merekodkan 2,728 kes, daripada jumlah keseluruhan 7,703 kes harian peringkat kebangsaan hari ini.

Untuk rekod, jumlah kes harian yang direkodkan Selangor semalam adalah 2,068 dan dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes di Selangor adalah 191,722.

Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur merekodkan 701 kes berbanding 817 semalam, Negeri Sembilan 586 (397), Sarawak 588 (semalam 703), Johor 554 (431), Kelantan 541 (531), Pulau Pinang 407 (400)

Negeri-negeri lain merekodkan lebih 200 kes kecuali WP Labuan 159 (162), Perlis 7 (0) dan WP Putrajaya 1 (18).

Related posts

Leave a Comment