Enam ketua perwakilan serah watikah

KUALA LUMPUR 27 Julai – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima watikah pelantikan enam ketua perwakilan asing ke Malaysia, di Istana Negara.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Majlis Menghadap itu.

Ketua-ketua perwakilan asing berkenaan ialah Menzie Sipho Dlamini dari Eswatini, Mohamed Assadiq Masaud Attia (Libya) serta Emir Salim Yuksel (Turkiye), kesemua mereka bermastautin di Malaysia

Ketua-ketua perwakilan asing yang tidak bermastautin di Malaysia pula ialah Kathos Jibao Mattai dari Sierra Leone, Eligio Alberto Salas de Leon (Panama) dan Briunny Garabito Segura (Dominica).

Hadir sama pada istiadat itu ialah Menteri Luar Saifuddin Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Amran Mohamed Zin.

Related posts

Leave a Comment