Tiada lagi MoU kerajaan, PH

KUALA LUMPUR 27 Julai – Tidak ada lagi perjanjian atau memorandum persefahaman (MoU) baharu antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH), kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kedua pihak tahun lalu, akan diteruskan sehingga Parlimen dibubarkan.

Perkasa itu dipersetujui beliau yang mewakili kerajaan dengan pemimpin utama parti pembangkang khususnya PH dalam pertemuannya bersama mereka sebelum ini.

“Soal sambung tak sambung (MoU) tak penting, yang pentingnya sekarang adalah soal persefahaman untuk kepentingan rakyat masih boleh kita teruskan. Kerjasama bertulis tidak ada lagi lepas ini.

Kita sama-sama bersetuju untuk tidak ada perjanjian atau persefahaman baharu. Saya pun mesti akur dengan keputusan parti saya. Saya sudah maklumkan kepada mereka (pemimpin PH), UMNO sudah buat ketetapan tidak sambung.

“Tapi dari segi perjanjian secara bertulis, semua sudah bersetuju tidak perlu ada perjanjian bertulis baru, tapi persefahaman untuk kepentingan rakyat kita boleh diteruskan bagi menjamin kestabilan politik,” katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Jubli Perak 25 tahun PTPTN di sini, hari ini.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertingginya (MKT) UMNO pada April lalu memutuskan MoU yang dimeterai antara kerajaan dan PH tidak diteruskan selepas 31 Julai ini.

MoU berkenaan merangkumi enam perkara iaitu Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa PEMANDU.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri sekali lagi me

Related posts

Leave a Comment