Singapura lapor 12,419 kes baharu

SINGAPURA 26 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 12,419 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang meliputi 11,934 jangkitan tempatan dan 485‬ ‬kes import. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 11,503 iaitu 11,056 kes tempatan dan 447 import adalah pesakit yang diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 916‬ lagi kes disahkan menerusi ujian PCR yang melibatkan 878 jangkitan tempatan dan 38 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,677,126 kes sejak pandemik dilaporkan. Menurut MoH, empat…

Read More

Buku Masjid Hagia Sophia Istanbul

ANKARA: Direktorat Komunikasi Turkiye melancarkan dua buku mengenai Masjid Hagia Sophia Istanbul, sehari sebelum ulang tahun kedua pembukaan semula masjid itu. Buku berkenaan memuatkan mengenai kaedah seni bina masjid dan reaksi orang Turkiye terhadap pertukaran status masjid itu, menurut kenyataan direktorat. “Hagia Sophia kembali menjadi masjid… impian yang menjadi kenyataan, bukan sahaja untuk Turkiye bahkan buat semua umat Islam di seluruh dunia,” tulis Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di mukadimah buku itu. Beliau berkata, dengan ciri-ciri sejarah, agama dan budaya yang ada di masjid itu ia melambangkan tindakan terbaik dalam…

Read More

Kes cacar monyet ke-10 Singapura

SINGAPURA 26 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan satu lagi kes cacar monyet hari ini, kes yang kesepuluh dikesan di negara ini sejak Jun. Pesakit berkenaan,  seorang lelaki Taiwan berusia 28 tahun yang tinggal di Singapura dan baru sahaja pulang dari Kanada. Menurut MoH, lelaki itu mengalami demam pada 22 Julai, selain sakit kepala, sakit otot dan bahagian lain diikuti mengalami ruam. Lelaki tersebut kemudiannya mendapatkan rawatan perubatan pada 26 Julai dan dimasukkan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID). Keadaan lelaki berkenaan stabil dan usaha mengesan kontak sedang dijalankan.…

Read More

Tarif bekalan air kekal

PUTRAJAYA 26 Julai – Kerajaan bersetuju mengekalkan tarif bekalan air bagi kategori domestik (premis kediaman) di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan berikutan peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat . Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam satu kenyataan memaklumkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 Jun lalu bersetuju dengan perkara itu. Kabinet juga bersetuju dengan pelaksanaan pelarasan tarif bekalan air bagi kategori bukan domestik serta kategori khas di Semenanjung dan Labuan berkuat kuasa 1 Ogos membabitkan kenaikan purata sebanyak 25 sen bagi setiap meter padu. Ia berikutan persetujuan mesyuarat Jemaah…

Read More

Komitmen China import minyak sawit

REPUBLIK Rakyat China menyatakan komitmen untuk mengutamakan import produk pertanian dan meningkatkan import minyak sawit mentah (crude palm oil/CPO) sebanyak 1 juta tan dari Indonesia. Presiden Indonesia, Joko Widodo dalam catatan Facebooknya berkata, keputusan itu adalah hasil mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Li Keqiang di Beijing, tengah hari Selasa ini. “Kami bertemu Diaoyutai State Guesthouse dengan perwakilan masing-masing dan membincangkan pelbagai kerjasama terutamanya dalam bidang perdagangan, pelaburan, infrastruktur, kewangan, pembiayaan dan maritim,” kata Jokowi. Nilai perdagangan antara Indonesia dan RRT terus meningkat dan telah melebihi AS$100 juta .

Read More

Hisyam Teh Poh Teik ganti Shafee

KUALA LUMPUR 26 Julai – Bekas Perdana Menteri, Najib Razak melantik Hisyam Teh Poh Teik sebagai peguam utama, untuk mewakilinya dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang akan didengar Ogos depan. Firma guaman Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (ZIST) yang baharu dilantik Najib dalam suratnya dialamatkan kepada Pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, memaklumkan bekas perdana menteri itu melantik Hisyam sebagai peguam utama dan Liew Teck Huat serta Rueben Mathiaravanam, sebagai peguam bersama. Surat berkenaan turut menyatakan barisan peguam diketuai Muhammad Shafee Abdullah tidak…

Read More

35 kematian, 1,740 kes baharu Thailand

BANGKOK 26 Julai – Kementerian Kesihatan Awam melaporkan sebanyak 35 lagi kematian akibat  Covid-19 semalam dengan jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital pula 1,828 orang. Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 32 orang meninggal dunia dan 1,740 kes direkodkan pada hari sebelumnya. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes adalah 4,579,421 dengan jumlah yang meninggal dunia pula meningkat kepada 31,224 orang. Sehingga tengah malam Isnin, sebanyak 23,605 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 11,711 di hospital, 288 di fasiliti kesihatan dan 11,562 di rumah atau pengasingan komuniti. Bagi kes di hospital, sebanyak 903…

Read More

Penamaan Kem Al-Sultan Abdullah

KUANTAN 26 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini, berkenan ke Majlis Perasmian dan Penamaan Kem Al-Sultan Abdullah Markas Angkatan Bersama di Jalan Panching, di sini. Sejurus tiba, Seri Paduka menerima Tabik Hormat Diraja dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota diketuai Mejar Mohd Noorazmin Abd Rahim. Al-Sultan Abdullah kemudian dipersembahkan dengan gimik acara pelancaran membabitkan gabungan aset dan aksi penerjunan anggota khas dari ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Turut berangkat,…

Read More

1.2 juta warga China tidak keluar Malaysia

KUALA LUMPUR 26 Julai  – Lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh di antara 2018 hingga 2021. Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, rekod keluar masuk Jabatan Imigresen menunjukkan ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh berkenaan adalah seramai 7,177,043 orang. Bagaimanapun dalam tempoh yang sama, hanya seramai 5,954,765 individu, iaitu kurang 1,222,278 berbanding jumlah yang masuk meninggalkan negara ini. Kenyataan itu adalah jawapan bertulis KDN kepada soalan Shabudin Yahaya (Bersatu-Tasek Gelugor), yang bertanyakan bilangan warga China yang masuk dan keluar…

Read More

Najib tamat khidmat Shafee Abdullah

KUALA LUMPUR 26 Julai  – Bekas Perdana Menteri Najib Razak menamatkan khidmat peguam Muhammad Shafee Abdullah dan peguam firma Tetuan Shafee & Co daripada mewakilinya dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. Najib yang memberhentikan Tetuan Shafee & Co yang mewakilinya dalam kes SRC International sejak 4 Julai 2018, semalam dengan serta-merta, melantik firma guaman Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (“ZIST”) sebagai peguam cara baharu. Perkara berkenaan dimaklumkan oleh firma guaman Tetuan Shafee & Co melalui sepucuk surat Pemakluman Perberhentian Kaunsel…

Read More