Kes cacar monyet ke-10 Singapura

SINGAPURA 26 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan satu lagi kes cacar monyet hari ini, kes yang kesepuluh dikesan di negara ini sejak Jun.

Pesakit berkenaan,  seorang lelaki Taiwan berusia 28 tahun yang tinggal di Singapura dan baru sahaja pulang dari Kanada.

Menurut MoH, lelaki itu mengalami demam pada 22 Julai, selain sakit kepala, sakit otot dan bahagian lain diikuti mengalami ruam.

Lelaki tersebut kemudiannya mendapatkan rawatan perubatan pada 26 Julai dan dimasukkan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID).

Keadaan lelaki berkenaan stabil dan usaha mengesan kontak sedang dijalankan.

MoH juga menjelaskan jangkitan itu tidak dikaitkan dengan sebarang kes cacar monyet sebelum ini.

Daripada 10 kes cacar monyet yang dilaporkan di Singapura sejak Jun, lima adalah kes import manakala lima adalah kes tempatan. Setakat ini, tiada kes yang berhubung kait. 

Related posts

Leave a Comment