Singapura lapor 12,419 kes baharu

SINGAPURA 26 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 12,419 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang meliputi 11,934 jangkitan tempatan dan 485‬ ‬kes import.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 11,503 iaitu 11,056 kes tempatan dan 447 import adalah pesakit yang diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 916‬ lagi kes disahkan menerusi ujian PCR yang melibatkan 878 jangkitan tempatan dan 38 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,677,126 kes sejak pandemik dilaporkan.

Menurut MoH, empat lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,487 orang meninggal dunia.

Sementara itu, seramai 727 pesakit masih dirawat di hospital di mana 70 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 18 dipantau rapi di ICU manakala 8,063 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi pula, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment